BERITA mengenai pemain muda tular, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi yang berjaya dirisik oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dilihat sebagai kejayaan kepada skuad gergasi itu dalam menyambar jentera berbakat besar itu.
Mana tidaknya, selepas video anak kelahiran Terengganu itu beraksi di padang tular di media sosial, ia berjaya menarik perhatian ramai orang termasuk pemain-pemain Terengganu FC sendiri.
Bagaimanapun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kini Muhammad Aqil, 13, sah menyertai Akademi JDT pada Khamis.
Maka, ramai kelab bola sepak tempatan dilihat berputih mata dengan khabar perit itu kerana terlepas peluang melamar bakal bintang muda itu.
Bagaimanapun di sebalik khabar duka itu, para peminat bola sepak tempatan seperti reda dengan berita tersebut dan mendoakan agar bakat Muhammad Aqil dapat dikembangkan sebaiknya.
Arif Aiman. — Facebook/ JOHOR Southern Tigers
"Kelab lain pun slow sangat. Jangan marahlah kalau yang lain sambar dulu. Rich privilege. But positive effort ada yang buat academy full time.
"(Muhammad Aqil) Boleh jadi debut termuda dalam liga ini nanti. Boleh jadi insiprasi pada junior lain promote diri sendiri dengan skill kau orang," kata @shagrasyiid.
Bagi @mujaheeddd pula, walaupun bersetuju bakat ubi muda tersebut digilap Harimau Selatan itu, dia menasihatkan agar Muhammad Aqil kekal rendah diri sepanjang proses pembelajaran.
"Aku setuju Johor (JDT) develop bakat budak ini. Cumanya kena keep low profile dan jangan acah superstar," tegurnya.
"Best tengok kelab apa proper akademi. Ini banyak kelab tunggu player habis Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFDP) terus sambar. Mudah kerja kata orang," kata @wafiyqqqqq.
Apa pun, semoga Muhammad Aqil berjaya menggampai impian menjadi pemain bola sepak terkenal satu hari nanti.
Bakat yang ada usah disia-siakan kerana perjalanan yang bakal mungkin tidak semudah yang disangka.
Untuk rekod, Akademi JDT pernah melahirkan bakat-bakat muda dalam arena bola sepak yang kini mencurah bakti kepada pasukan Harimau Selatan seperti Arif Aiman dan Feroz Baharudin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,