BERITA mengenai pemain cilik berbakat besar, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi yang berjaya dibawa Johor Darul Takzim (JDT) dilihat sebagai kejayaan kepada skuad Harimau Selatan dalam menyambar permata berbakat besar itu.
Muhammad Aqil sebelum ini tular di media sosial yang dilihat cukup tenang dalam melakukan hantaran serta mengawal bola dalam satu perlawanan menentang pemain lebih berusia.
Akademi JDT adalah satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh. — Facebook/Hot_Ice
Dengan itu, banyak pasukan Liga Malaysia terpaksa berputih mata dengan kemasukan Aqil ke dalam akademi JDT itu kerana terlepas peluang menyambar bakal bintang muda itu.
Bagaimanapun di sebalik perpindahan Aqil ke JDT itu, salah seorang penyokong, Hot_Ice di Facebook mendedahkan pihak pengurusan Terengganu terlebih dahulu pernah berjumpa dengan ahli keluarga Aqil.
"CEO TFC pernah berjumpa bersama keluarga Aqil dan cuba menawarkan untuk menyertai Terengganu FC sebelum JDT.
"Tetapi adik Aqil lebih memilih untuk menyertai JDT," katanya di Facebook.
Muhd Aqil (kanan) bersama keluarganya dipercayai dalam satu majlis Hari Raya anjuran CEO Terengganu FC. — Facebook/Hot_Ice
Bagaimanapun, penolakan pemain cilik itu ke Terengganu FC untuk menyertai JDT mendapat sokongan penyokong dan ada yang sempat mengkritik perjumpaan tersebut yang seperti makan di warung.
"Makan pun macam dekat warung, mana nak dia join Terengganu FC," kata Hery Ziera.
"Kalau saja jadi adik Aqil ini pun memang saya pilih JDT," jelas Mohd Faizal.
"Keluarga adik Aqil dan seluruh rakyat Malaysia tahu mana sebenarnya intan dan kaca, mana satu yang lebih menjamin masa depan serta berpeluang menyinar di Asia," ujar Armara Schalke.
"Tempat lamar pun dekat majlis raya, mana dia nak kalau macam itu," luah Wan Norizan Wan Othman.
Apa pun, semoga Muhammad Aqil berjaya menggampai impian menjadi pemain bola sepak terkenal satu hari nanti.
Bakat yang ada usah disia-siakan kerana perjalanan yang bakal mungkin tidak semudah yang disangka.
Untuk rekod, Akademi JDT pernah melahirkan bakat-bakat muda dalam arena bola sepak yang kini mencurah bakti kepada pasukan Harimau Selatan seperti Arif Aiman dan Feroz Baharudin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram