KETIKA mana pengguna jalan raya di Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) mengharungi kesesakan lalu lintas pada pagi Khamis, mereka tiba-tiba dihiburkan dengan aksi 'wheelie' yang dilakukan oleh seorang penunggang motosikal.
Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kereta memaparkan penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan muncul di sebelah kanan kereta melakukan aksi berkenaan kira-kira pukul 9.27 pagi.
Bagaimana pun, menurut video berdurasi 11 saat itu, penunggang motosikal tersebut tidak mengalami sebarang kemalangan atau menyebabkan kesesakan jalan raya menjadi lebih teruk, sebaliknya meneruskan perjalanan seperti biasa.
"Fuh, terkejut I ada pertunjukan stunt sedikit di sebelah kanan (jalan raya)," kata Chin Jenny yang memuat naik video tersebut dalam Facebook pada Khamis.
Sementara itu, warganet lain turut terhibur dengan gelagat rider berkenaan yang sedikit-sebanyak menghiburkan mereka dalam menghadapi kesesakan lalu lintas di lebuh raya tersebut.
"Order padulah tu, seronok semacam," usik Akmal Syafie.
"Show hiburan time traffic jammed," kata Husna Irfan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram