PRESTASI pemain sayap Sri Pahang FC, Muhd Baqiuddin Shamsudin menjadi bualan hangat apabila disamakan dengan legenda bola sepak tanah air.
Hal ini kerana, Baqiuddin atau mesra dengan panggilan Kutaq merupakan produk Piala Presiden Pahang dan membuat keputusan untuk berhijrah pada 2015 setelah tidak mendapat tempat dalam skuad senior.
Lima musim menimba pengalaman bersama beberapa kelab Liga Premier, tanpa disangka impian Kutaq menyarung jersi negeri kelahiran menjadi kenyataan pada 2021.
Azamuddin memenangi Piala FA bersama pasukan KDA FC. —Facebook/ Terengganu FC
Pemain sayap berusia 28 tahun ini pantas membina reputasi selaku tonggak utama pasukan dan ketika ini mempunyai 60 kaps dalam semua pertandingan bersama Sri Pahang.
Kepantasan dan kelincahan pemain bertubuh kecil itu sememangnya mampu menyukarkan pihak lawan.
Sebelum ini, Baqiuddin tidak menunjukkan sebarang prestasi cemerlang ketika diberikan kepercayaan oleh pengendali Fandi Ahmad.
Namun begitu, terdapat penyokong tidak sependapat mengenai persamaan antara Baqiuddin dengan pemain sayap berpengalaman, Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex.
Hal ini kerana, pemain berketinggian 1.72 meter itu merupakan seorang pemain profesional yang pernah menabur bakti bersama pasukan Pantai Timur itu untuk lima musim.
Pemain berumur 38 tahun itu merupakan salah satu pemain terkenal yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) kerana pernah menyarungkan jersi Harimau Malaya.
Namun, kini, Azamuddin tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontraknya bersama skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ditamatkan pada penghujung musim lalu.
Di samping itu, Alex merupakan antara tonggak pasukan yang menjulang dua trofi Piala Malaysia, iaitu pada 2013 dan 2014 serta Piala FA 2014.
"Masih belum cukup padu kalau compare dengan Alex (Azamuddin Akil) dulu biarpun sama lepeh, kena usaha lebih lagi, peluang dah ada," kata Mohd Yusrizal Abdul Hamid.
"Walaupun ada peningkatan prestasi tahun ini, tapi belum cukup lagi, kena kurangkan gentel tak perlu, kena banyak crossing ke dalam kotak penalti, kena cepat pass kepada rakan," kata Syam Along.
"Ada skill dribble, penting untuk melepasi kawalan lawan cuma kena bijak untuk melakukan hantaran atau assist selepas dribble," kata Aspanizam Abd Rahim.
Oleh itu, prestasi yang ditampilkan oleh oleh pemain berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu sememangnya belum cukup cemerlang kerana belum menunjukkan pencapaian yang besar jika dibandingkan dengan legenda bola sepak tempatan iaitu Alex yang telah membuktikan pencapaiannya dengan memenangi Piala Malaysia dan Piala FA. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram