Seperti jelmaan Piya, tonggak utama Harimau Kumbang diseru balik kampung


  • Podium
  • Isnin, 15 Mei 2023

Piya merupakan antara pemain tengah terbaik di Malaysia.— Instagram/ captain_piya15

PRESTASI Penang FC yang dilihat semakin menampilkan aksi persembahan baik melalui corak permainan barisan pemain itu mendapat perhatian penyokong Harimau Kumbang itu sendiri.

Menduduki tangga ke-10 terbaik liga merupakan satu pencapaian yang diimpikan oleh pasukan Harimau Kumbang kerana mampu bersaing dengan pencabar utama Liga Super.

Kelincahan tonggak utama Penang FC itu disebut-sebut apabila sering kali membantu pasukannya untuk mendapatkan mata kemenangan.

WhatsApp Image 2023-05-15 at 11.43.26

Nik Akif menampilkan aksi cemerlang bersama Penang FC. — Instagram/ akifsyahiran

Kedatangan bekas pemain Terengganu FC, Nik Akif Syahiran ke pasukan Harimau Kumbang ketika jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) awal musim ini menunjukkan penampilan yang sangat baik apabila berjaya membantu Penang FC mencetak jaringan.

Hal ini kerana, ketika berada di bawah kendalian Nafuzi musim lepas, Nik Akif dikatakan kurang memberi impak positif sepanjang diberi peluang beraksi iaitu pada sesi 2021 apabila hanya muncul sebanyak 17 perlawanan dan hanya mampu menyumbang satu gol sahaja.

Namun begitu, pemain berusia 24 tahun itu tampil cemerlang apabila berjaya mencetak dua gol dalam 10 penampilan ketika beraksi bersama skuad Harimau Kumbang.

Selain itu, Nik Akif turut membantu membuat dua bantuan jaringan ketika menentang Perak FC dan Sabah FC dalam saingan Liga Super 2023.

Oleh itu, penyokong Kelantan FC memberikan pandangan bahawa Nik Akif mempunyai potensi untuk menggantikan posisi bekas pemain tengah terbaik pasukan Kelantan FC, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya.

Piya merupakan antara pemain tengah terbaik di Malaysia kerana memiliki gerak kaki yang hebat dan terkenal dengan hantaran tepat walaupun dalam situasi sukar.

Untuk rekod, sebelum berhijrah ke TFC pada 2021, Nik Akif merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mula membina karier bola sepaknya bersama Kelantan pada musim 2017.

Penang FC bakal menentang Sri Pahang FC dalam aksi perlawanan ke-11 Liga Super di Stadium Darul Makmur, Pahang pada 20 Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram