LEGENDA bola sepak Jepun, Keisuke Honda menjadi bualan peminat bola sepak tanah air mahupun luar negara berikutan satu hantaran di Twitter miliknya.
Honda yang juga bekas pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Kemboja itu memuat naik satu hantaran seolah-olah memberikan petunjuk bahawa dia tidak akan menandatangani kontrak dengan mana-mana kelab.
Bukan itu sahaja, masa depannya seakan-akan sudah ditentukan yang mana menolak harapan penyokong bola sepak tanah air untuk menyaksikannya membimbing skuad muda negara.
Honda memilih untuk memberikan khidmat kepada kelab luar negara. — Instagram/keisukehonda
Dalam hantaran itu, pemain berumur 36 tahun itu menawarkan diri dan minatnya untuk menjadi jurulatih kepada pasukan yang ingin melayakkan diri ke Piala Dunia 2026.
"Sebagai jurulatih, saya berminat terhadap pasukan Oman, New Zealand, Emiriah Bersatu Arab (UAE), Thailand dan beberapa negara lain," katanya dalam kapsyen hantaran tersebut.
Pastinya dengan pengalaman luasnya beraksi di beberapa liga di luar negara termasuk di Eropah, peluang tersebut tentunya dapat diberikan kepada pasukan pilihannya kerana menggunakan taktikal dalam saingan liga bertaraf antarabangsa.
Melalui pengalaman yang diperolehi oleh bekas pemain AC Milan itu di peringkat antarabangsa, secara tidak langsung pasukan baharunya akan terdedah kepada cara pengurusan kelab profesional.
Untuk rekod, selain AC Milan, Honda juga pernah beraksi di kelab CSKA Moscow yang merupakan antara pesaing utama di liga Rusia, Vitesse dan VVV-Venlo (Liga Eredevise, Belanda) serta Melbourne Victory (Liga A, Australia).
Kerana tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan, Honda tidak pernah disenaraikan sebagai jurulatih rasmi tetapi mengetuai pasukan dan berada di luar untuk perlawanan.
Untuk rekod, Keisuke Honda mewakili negaranya sebanyak 98 kali dan pernah menyertai kelab di Jepun, Belanda, Rusia, Itali, Mexico, Australia dan Brazil.
Tambahan pula, Honda berjaya meledak gol sebanyak 105 dalam 502 penampilan dan 81 hantaran bantuan sepanjang perjalanan kariernya sebagai seorang pemain bola sepak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram