[VIDEO] 'Pakai aircond jadi auto T20', ramai bimbang jika subsidi elektrik ditarik


  • Massa
  • Selasa, 16 Mei 2023

Majoriti rakyat skeptikal terhadap penarikan semula subsidi elektrik selain melahirkan kegusaran terhadap definisi sebenar jumlah penggunaan elektrik yang tinggi. — Gambar hiasan

PELAKSANAAN subsidi bersasar sememangnya menjadi antara perbincangan utama dalam perancangan dasar oleh kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain mengurangkan ketirisan dana kerajaan, langkah itu dilihat perlu bagi memastikan kelestarian kedudukan kewangan negara yang dilaporkan kini sudah mencecah RM1.2 trilion.

Antara pemberian subsidi setakat ini membabitkan bahan seperti minyak petrol, minyak masak dan termasuk guna tenaga tarif elektrik.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan berkemungkinan bakal tidak memberikan lagi kemudahan subsidi kepada isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang sangat tinggi.

Beliau berkata, tahap pengggunaan elektrik tinggi yang tinggi itu umpamanya membabitkan rumah dengan penggunaan sehingga tiga kipas dan empat penyaman udara.

Anwar turut menambah, langkah itu dijangka tidak akan melibatkan kumpulan dengan pendapatan di bawah kategori B40 dan M40 di dalam negara.

Pengumuman mengenai perkara tersebut ternyata menjemput reaksi pelbagai daripada rakyat.

PUTRAJAYA, 15 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil 1/2023 di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, May 15 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim held a press conference after chairing the post-meeting of the National Economic Action Council (MTEN) Bil 1/2023 at the Perdana Putra building today.--fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil 1/2023 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada Isnin.

Rata-rata daripada mereka yang skeptikal terhadap langkah ini melahirkan kegusaran terhadap definisi sebenar jumlah penggunaan elektrik yang tinggi.

Ini kerana Anwar ketika menyentuh mengenai langkah itu tidak secara spesifik menyatakan jumlah penggunaan dikategorikan sebagai 'amat tinggi.'

"Kenyataan umum seperti orang kaya (betul-betul kaya) dengan gaji puluhan ribu sebulan sudah semestinya disokong. Tapi berkenaan contoh tiga kipas, empat pendingin hawa itu. PM tahukah aircond tu dah boleh dapat sekitar RM700 satu unit.

"Bahkan jadi keperluan pula untuk pakai ketika cuaca panas, kemarau begini? Yang pakai aircond pun ramai juga dalam kalangan M40. Bahkan yang baru cecah sikit T20 tapi ada anak ramai pula macam mana?" soal Nazmi Yaakub.

"Macam mana diorang nak define penggunaan elektrik yang tinggi itu mewakili golongan org kaya? Dengan tarif yang ada sekarang pun dah buat bil elektrik melantun-lantun melambung naiknya," kata Neezam Safri.

"Perkemaskan dulu kategori yang dibuat sebelum nak isytihar yang mana miskin, yang mana kaya. Jangan kastakan rakyat hanya berpandukan gaji bulanan. Banyak lagi parameter yang perlu menjadi ukuran," ujar AR Tarmizi.

Bagi yang menyokong pula, mereka melihat pelaksanaan langkah itu sebagai tepat dan adil untuk kesemua rakyat di samping turut membantu dalam menambahkan hasil negara.

"Negara harus memastikan bantuan diberi kepada golongan benar-benar memerlukan. Adalah memalukan dan tidak bertangungjawab jika orang kaya yang mampu masih menagih bantuan. Ia sikap dan amalan yang salah dari segi prinsip moral," ujar Muzamal Mus.

"Kita yang banyak guna elektrik, jadi kita harus bayar. Sebetulnya duit yang di gunakan bayar bil elektrik ini, bukanlah duit kerajaan, tetapi duit cukai dari rakyat. Jadi, adillah bagi yang tak guna elektrik," kata Justin Anda.

"Tindakan yang betul. Kenapa ramai yang kecam? Kalau dah rumah macam istana, aircond semua dia blast, bil tinggi, tapi akhirnya nak guna duit cukai rakyat untuk subsidi keborosan tuan rumah. Waras ke tak ni?" sola Zulkarnaen Sokarnor.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama kerajaan mengeluarkan kenyataan berkenaan kemungkinan bagi melaksanakan langkah merasiolanisasikan subsidi tarif elektrik.

file7eu31pzm1k7oehrbo78

Penggunaan pendingin udara dilihat kini sudah seperti menjadi satu keperluan buat masyarakat di Malaysia. — Gambar hiasan

Malah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dalam kerajaan sebelum ini, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Julai tahun lalu pernah memberi bayangan bahawa subsidi tarif elektrik berkemungkinan tidak akan diberikan pada masa akan datang.

Kerajaan pada Disember lalu membuat keputusan mengenakan surcaj pada kadar 20 sen setiap kilowatt jam (kWj) kepada pengguna voltan sederhana dan tinggi dalam kalangan pemain industri termasuk syarikat multinasional (MNC).

Tarif baharu dikenakan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023 bagaimanapun tidak melibatkan pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah termasuk yang berada di bawah kategori perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Anwar dalam kenyataannya pada Isnin itu tidak memberikan maklumat berkenaan tempoh penyelarasan kadar tarif elektrik itu bakal dilaksanakan.

Melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT), tarif elektrik di dalam negara akan disemak setiap enam bulan sekali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram