Bomba tunggu lebih 7 jam keluarkan lelaki maut terkena renjatan elektrik di Pulau Indah 


  • 112
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba dengan bantuan daripada kontraktor TNB yang menggunakan jentera backhoe pada pukul 12.15 tengah malam.

SEORANG lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah, Shah Alam Selangor, pada petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.04 petang dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian.

Beliau bagaimanapun berkata, pasukan penyelamat perlu menunggu bantuan daripada pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana masih terdapat arus elektrik di dalam lurang itu.

"Pada pukul 11.45 malam, pihak TNB telah menutup arus elektrik berkuasa 33 kilovolt (KV) dan mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba dengan bantuan daripada kontraktor TNB yang menggunakan jentera backhoe pada pukul 12.15 tengah malam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa berusia 30-an itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram