[VIDEO] Aksi comel awek Vietnam lawan sorak dengan fans Indonesia curi tumpuan


  • Podium
  • Ahad, 14 Mei 2023

Tangkap layar video wanita yang juga penyokong pasukan Vietnam menunggu peluang yang sesuai lawan sorak peminat skuad Indonesia dalam aksi Sukan SEA 2023, di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu.

WALAUPUN hanya mempunyai 10 pemain, pasukan Indonesia U-22 mampu menewaskan Vietnam U-22 3-2 dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2023 di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu.

Kemenangan skuad Garuda itu sekali gus melayakkan mereka ke peringkat akhir dalam acara tersebut.

Namun di sebalik kemeriahan tersebut, ada adegan yang mencuri tumpuan peminat bola sepak pada perlawanan ketika itu.

Satu video memaparkan seorang wanita yang juga penyokong pasukan Vietnam U-22 tular di media sosial pada Ahad.

Video tersebut memamparkan gadis jelita itu memegang bendera Vietnam ingin melawan sorakan dengan peminat pasukan Indonesia U-22 yang ketika itu bersorak agak kuat.

Walaupun cubaan untuk bersorak bagi kumpulan kesayangannya asyik terhalang kerana sorakan pihak lawan lebih kuat, wanita tersebut tetap memberanikan diri melawan sorakan pihak lawan.

Video tular berdurasi 29 saat mendapat perhatian ramai warganet yang geli hati dengan perilaku gadis tersebut, selain tertawan dengan kecantikan wanita berkenaan.

"Bawa pulang boleh lah tuh satu," kata @Azam_96.

"Cempreng (nyaring) amat suara nih orang (wanita)," kata @SudahUmli. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram