'Sekadar pelengkap game', fans Harimau Muda cadang masukkan pemain simpanan lawan Singapura buat kali terakhir


  • Podium
  • Rabu, 10 Mei 2023

Aksi perlawanan Harimau Muda dengan B-22 Vietnam untuk Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 di di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja pada Isnin. — Facebook/Football Association of Malaysia

KHABAR duka kekalahan Harimau Muda menentang Vietnam 1-2 dalam aksi Kumpulan B Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja pada Isnin masih terlalu pahit untuk ditelan oleh peminat-peminat bola sepak tempatan.

Ia sekali gus menutup peluang skuad tersebut untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam temasya tersebut.

Malah, pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan, E. Elavarasan juga seakan tidak percaya bahawa pasukan bimbingannya tersingkir daripada saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 itu.

Walaupun katanya prestasi yang dipamerkan oleh pemain agak bagus, namun tidak dinafikan pengendali pasukan berusia 61 tahun itu terkilan dengan keputusan permainan tersebut.

Bagaimanapun, skuad Harimau Muda tidak boleh berduka terlalu lama kerana masih ada peluang untuk menebus kesilapan mereka apabila menentang skuad B-22 Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja pada Khamis.

Di sebalik persediaan rapi menjelang perlawanan tersebut, para peminat bola sepak tempatan seolah-olah sudah pasrah dengan skuad kebangsaan itu sebelum permainan bermula.

Bukan itu sahaja, malah mereka menafsirkan kejohanan menentang skuad Singa itu sekadar pelengkap jadual perlawanan kerana ada maruah yang perlu dipertahankan selepas tewas sebanyak dua kali sepanjang temasya sukan berprestij itu.

"Perlawanan pelengkap jadual tapi ada maruah negara yang perlu dipertahankan, kalau dengan Singapura pun tak boleh makan (menang), memang total failure skuad Sukan SEA kali ini," kata Muhammad Firdaus Ab Alim.

345573227_595238322577332_1795849404543646317_n

Skuad Harimau Muda bakal berdepan pasukan B-22 Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja pada Khamis. — Facebook/Football Association of Malaysia

Selain itu, ada yang meminta tonggak tengah pasukan Harimau Muda, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi untuk digantikan dengan pemain simpanan kerana didakwa menunjukkan prestasi permainan yang kurang baik.

"Mukhairi Ajmal! Tak tahu nak apa. Dah macam tak reti nak main. Game lawan Singapura, turunkan semua pemain simpanan sahaja," cadang Apai Kinin.

"Untuk match ini, better bagi yang belum main lagi first eleven. Tukar saja mana yang main setiap match itu. Bagi peluang untuk yang lain pula," kata Sahmizi Derin.

Jika dilihat kepada pretasi permainan cemerlang Harimau Muda menentang skuad B-22 Laos sebelum ini, ramai yang berharap supaya ia dapat diulangi ketika berdepan Singapura. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram