Lebih bagus banding Mukhairi, fans petik nama Syahir Bashah layak beraksi di Kemboja


  • Podium
  • Khamis, 04 Mei 2023

Aksi perlawanan Harimau Muda menentang skuad B-22 Laos skuad B-22 di Sukan SEA Kemboja pada Rabu. — Facebook/ FAM

AKSI pasukan bola sepak Laos ternyata menjadi pembuka selera Harimau Muda B-22 apabila berjaya dibaham 5-1 dalam perlawanan sulung Sukan SEA Ke-32 di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja pada Rabu.

Walaupun momentum kemenangan sedikit terganggu akibat jaringan ke gawang sendiri oleh Ubaidullah Shamsul Fazili pada minit ke-21 selepas gol pertama daripadanya pada minit keempat perlawanan, skuad tersebut terus mengaum sehingga kemenangan berpihak kepada mereka.

Namun di sebalik kemenangan pertama yang diraih oleh pasukan tersebut, ada bibit-bibit persembahan yang kurang senang dilihat oleh jurulatih, E Elavarasan.

Bukan apa, persembahan daripada tiga pemain yang pernah beraksi bersama pasukan senior iaitu Mukhairi Ajmal, Azam Azmi Murad dan Haqimi Azim dikatakan kurang memuaskan dalam perlawanan tersebut.

Sebagai jentera yang agak gah namanya dalam Selangor FC, sudah pasti ada peminat yang kecewa dengan pretasi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pemain tersebut.

Namun begitu, tumpuan lebih terarah kepada Mukhairi Ajmal, pemain kelahiran Sungai Lembing, Pahang itu apabila dia dilihat gagal menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

344741691_2528767483955527_1070403333356414489_n

Sesi latihan skuad Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan menjalani sesi latihan di padang Stadium EDC, Phnom Penh, Kemboja. — Facebook/ FAM

Seakan-akan melakukan dosa besar, peminat-peminat bola sepak mula memetik pemain Selangor FC, Syahir Bashah yang dikatakan lebih bagus berbanding pemain tinggi lampai 1.8 meter itu.

"Bagus budak ini (Syahir Bashah) main, nampak matang. Boleh main first eleven lebih baik dari Mukhairi itu," kata Azarri Nvc.

Bukan itu sahaja, seorang pemerhati bola sepak setia, Daniel Haiqal berkata, Syahir Bashah sejak dia bermain dengan Perak FC menentang Kedah Darul Aman FC dalam satu perlawanan persahabatan pada 2021.

"Dia memang baguslah masa 2021 (semasa) perlawanan persahabatan Perak FC vs Kedah Darul Aman FC, dia ada buat 2 gol," katanya.

Namun berbeza pula pendapat Buyung Apa Tu yang menyifatkan prestasi Mukhairi Ajmal sebagai baru panaskan enjin dan mungkin terdapat masalah yang berlaku di luar pengetahuan peminat-peminatnya.

"Tengok macam bukan gameplay Mukhairi sebenar. Mungkin ada masalah kot," katanya.

Sebenarnya masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap prestasi permainan Harimau Muda ini kerana ia barulah permulaan.

Apa yang lebih penting, para pemain perlu meningkatkan prestasi permainan dengan lebih konsisten dan tidak terlalu gembira dengan kemenangan membenamkan Laos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram