Che Suhairi padu, cuma fans The Bos Gaurus tetap tagih keringat ubi muda lawan Selangor FC


  • Podium
  • Selasa, 02 Mei 2023

Aksi Perak FC ketika menang 3-2 menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 28 April lalu. — Facebook/Perak Football Club.

WALAUPUN menang tipis, kejayaan Perak FC membenam Kelantan FC di laman sendiri 3-2 dalam Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 28 April lalu sememangnya menyuntik moral pemain dan penyokong.

Kemenangan tersebut membuatkan Sang Seladang itu menduduki tangga ke-11 sekali gus menghumban The Red Warriors (TRW) ke tangga kedua tercorot dalam carta liga.

Tidak mustahil, kemenangan tersebut mungkin bertitik tolak daripada rangsangan daripada Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang mengharapkan mereka mengekalkan prestasi sama ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan FC pada 19 April.

Di samping kemenangan tersebut, Perak FC pastinya terus mengorak langkah memperkuatkan taktikal pasukan untuk menyambut Selangor FC di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 20 Mei nanti.

Dengan masa berbaki tiga minggu lagi, Sang Seladang terus kekal serius mempersiapkan diri untuk berdepan skuad yang kini menduduki tangga kedua Liga Super 2023.

Pada saat yang penting ini, peminat-peminat skuad tersebut dilihat mendahagakan keringat dua pemain ini iaitu pemain pertahanan, Che Suhairi Che Halim dan pemain tengah pertahanan muda, Farris Izdiham.

343757920_216774540990194_2007165301817623539_n

Aksi Che Suhairi ketika menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 28 April lalu. — Facebook/Perak Football Club.

Malah difahamkan ramai peminat skuad Seladang mendoakan Farris Izdiham cepat sembuh supaya dapat kembali bermain selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan sebelum ini.

"Farris tu padu, semoga cepat sembuh," ucap peminat tegar Perak FC, Mohd Riduwan.

"Harap Farris cepat sembuh., tiga minggu berehat sebelum jumpa Selangor FC," kata Wan Baha.

Bukan itu sahaja, peminat lain, Shameza Julia turut mencadangkan pemain berumur 21 tahun itu untuk diturunkan bersama penyerang Perak FC, Wan Zack Haikal untuk meningkatkan prestasi hantaran mereka.

"Farris tu (duduk di posisi) kanan lagi mantap gayanya, silang-silang dengan Wan Zack pun cantik," katanya.

Melihat kepada pujian dan galakan yang diberikan oleh peminat-peminat Perak FC, ternyata ramai yang rindukan aksi Farris di atas padang.

Untuk rekod, Farris hanya muncul sebanyak dua kali dalam Liga Super musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram