Andai masa boleh diputar, lupakan coach Ela, 2 pemain regular Liga Super patut jadi sandaran Harimau Muda


  • Podium
  • Selasa, 09 Mei 2023

Aksi Harimau Muda ketika menentang Vietnam dalam aksi kelayakan kumpulan B Sukan SEA Kemboja pada Isnin. — Facebook/ FAM

MALAYSIA gagal mencapai sasaran layak ke final selepas tewas kepada juara bertahan, Vietnam 1-2 pada aksi ketiga Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023.

Skuad Harimau Muda menamatkan permainan dengan sembilan pemain selepas dua tonggak pasukan, Safwan Mazlan dan Najmudin Akmal dilayangkan kad kuning oleh pengadil dari Jepun, Jumpei Lida.

Malaysia kurang bernasib baik kerana tewas kepada perang psikologi yang dilancarkan pemain Vietnam yang dilihat banyak melengah-lengahkan permainan dan membuat provokasi.

Sentuhan jurulatih, E Elavarasan juga nampak kurang menjadi untuk menyerlahkan bakat pemain Harimau Muda mengikut kelebihan dan kekuatan masing-masing.

Screenshot 2023-05-08 235758

Muhaimin Izuddin (kiri) dan Ikhwan Hafizo beraksi di saingan Liga Super. — Facebook/ Perak FC

Di sebalik kekalahan yang dialami skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, ada penyokong yang berasakan skuad Harimau Muda terlepas khidmat dua pemain muda yang menyinar di Liga Super.

"Patut dua pemain ini dipanggil untuk Sukan SEA. Muhaimin Izuddin (pemain Kelantan FC) dan Ikhwan Hafizo (pemain Perak FC).

"Pemain tengah berusia 21 tahun yang bermain setiap perlawanan di Liga Super," tulis laman penyokong onefootball.my.

Begitupun, dengan squad depth di Harimau Muda di bawah bimbingan Elavarasan ketika ini, kedua-dua pemain tersebut juga dianggap akan menerima nasib sama seperti skuad sedia.

Ini kerana ia berbalik kepada taktikal Elavarasan secara keseluruhan yang dirasakan kurang arif menggunakan pemain mengikut kelebihan dan kekuatan masing-masing.

"Pemain di liga domestik, main posisi tu dah lama, main Sukan SEA main posisi lain," katanya.

345913411_1724239688034218_5938968683731410420_n

Najmudin dilayangkan kad merah pada minit ke-82 perlawanan. — Facebook/ FAM

Perkara tersebut turut dipersetujui seorang penyokong, Aliph Hairi yang memberi contoh pemain Kedah Darul Aman FC, Azrin Afiq apabila perlu beraksi sebagai pemain sayap di skuad Harimau Muda berbanding posisi regularnya sebagai pertahanan di skuad Sang Kenari.

Sebelum ini, perkara tersebut turut dibangkitkan penyokong semasa kekalahan kepada Thailand apabila melihat ramai pemain bagus di skuad Harimau Muda itu kurang menyerlah berbanding potensi sebenar mereka ketika beraksi bersama kelab masing-masing.

Dengan tersingkirnya pasukan negara daripada saingan kumpulan, anak buah Elavarasan mengulangi episod edisi 2019 di Manila, Filipina, selepas turut ‘pulang’ awal apabila menamatkan saingan kumpulan di kedudukan keempat.

Pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam, Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat.

Malaysia yang kali terakhir merangkul emas pada edisi 2011 di Indonesia akan menamatkan baki aksi kumpulan menentang Singapura di venue sama, Khamis ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram