Lakonan mantap pemain Vietnam perdaya pengadil bikin Harimau Muda pulang awal


  • Podium
  • Isnin, 08 Mei 2023

Aksi Harimau Muda ketika menentang Vietnam dalam aksi kelayakan kumpulan B Sukan SEA Kemboja pada Isnin. — Facebook/ FAM

HARIMAU Muda terus menangis di bumi Kemboja selepas tewas 1-2 di tangan Vietnam bagi aksi Kumpulan B Sukan SEA 2023 pada Isnin.

Vietnam memperoleh gol seawal minit ke-6 selepas pemainnya, N Van Tung menyempurnakan sepakan penalti yang menewaskan penjaga gol negara, Sikh Izhan.

Sikh Izhan cemerlang menampan bola itu namun gagal mengawal kemas mengakibatkan situasi bola muntah yang dimanfaatkan Van Tung untuk jaringan pertama Vietnam.

Vietnam menggandakan jaringan pada minit ke-34 sebelum Malaysia mengejar semula perlawanan menerusi gol cantik daripada Muhammad Aliff Izwan.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai- Harimau Muda meneruskan penguasaan di babak kedua perlawanan menerusi beberapa percubaan antaranya daripada Najmudin Akmal dan Haqimi Azim.

345573227_595238322577332_1795849404543646317_n

Kesebelasan utama Harimau Muda ketika menentang Vietnam dalam aksi kelayakan kumpulan B Sukan SEA Kemboja pada Isnin. — Facebook/ FAM

Malaysia dipaksa beraksi dengan 10 pemain ketika perlawanan berbaki 10 minit selepas Safwan Mazlan diperintah keluar padang kerana dikatakan mengasari pemain Vietnam di pintu gawang.

Meskipun kecewa dengan keputusan pengadil, Safwan tetap memberi penghormatan kepada pemain dan barisan kejurulatihan di bangku simpanan.

Selang beberapa minit kemudian, Najmudin pula perlu meninggalkan padang apabila menerima kad kuning kedua yang menyaksikan Malaysia beraksi dengan sembilan pemain.

Pengulas perlawanan TV Okey mendakwa pemain muda Malaysia termakan permainan psikologi Vietnam daripada salah seorang pemainnya, Nguyen Thanh Nhan.

345576016_787214639363332_7037813734198677051_n

Najmudin dilayangkan kad merah pada minit ke-82 perlawanan. — Facebook/ FAM

Sementara itu, seorang penyokong, Rasidah Mohamad berkata, Vietnam bukanlah pasukan yang kuat sangat berbanding Malaysia, namun mampu memenangi perlawanan kerana perang psikologi.

"Nak ikutkan Vietnam tak kuat mana pun hanya menang kat provokasi, melambat-lambatkan game, lakonan mereka daripada skuad senior sampai ke junior tu tak lari dengan lakonan, provoke semua.

"Coach pun satu patutnya keluarkan pemain separuh masa kedua yang dah ada kad kuning," katanya.

Perkara itu juga dipersetujui Aqil Razali yang berpendapat, jurulatih skuad B-22 negara, E Elavarasan

"Kad merah tak salah, yang salah coach Evalarasan lambat tukar player fresh leg...patut minit 60 dah boleh tukar macam lawan Laos tempoh hari. Apapun Harimau Muda dah buat yang terbaik," katanya.

Mohd Suhairy berpendapat, Malaysia memiliki beberapa peluang namun pertahanan Vietnam yang baik menyukarkan Harimau Muda membuat serangan.

"Seriously defend Vietnam memang solid, susah nak masuk box. Kena hantar cepat ke dalam kalau tak memang kena tutuplah.

"Belakang Malaysia memang fragile, selalu kesalahan individu. Kalau DM (defensive midfielder) tak buat kerja baik silap-silap kena lagi jawabnya," katanya.

Malaysia akan bertemu Singapura pada 11 Mei ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram