MALAYSIA mengalami kekalahan pertama selepas tewas 0-2 kepada pemenang pingat emas terbanyak, Thailand pada aksi kedua Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 pada Sabtu.
Kekalahan itu tidak menutup peluang Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir, namun darjah kesukaran itu semestinya berbeza apabila perlu berdepan juara bertahan Vietnam diikuti Singapura dalam baki dua perlawanan.
Hal itu menyebabkan ramai penyokong bola sepak tempatan kecewa kerana berasakan pulang Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya akan lebih tipis berikutan halangan berliku tersebut.
Aksi pemain Malaysia, Ubaidullah Shamsul Fazili ketika menentang Thailand dalam saingan peringkat Kumpulan B pada Sabtu. — Bernama
Di media sosial, ada sebahagian penyokong menuding jari kepada jurulatih, E Elavarasan yang dirasakan kurang arif menggunakan pemain mengikut kelebihan dan kekuatan masing-masing.
Ada yang berpendapat beberapa pemain bagus di skuad Harimau Muda itu kurang menyerlah berbanding potensi sebenar mereka ketika beraksi bersama kelab masing-masing.
Bukan sahaja dilihat kurang menyerlah dan menyengat ketika bertemu lawan, malah ada seorang dua pemain yang dirasakan seolah-olah hilang arah di atas padang.
Tangkap layar komen penyokong seperti yang dikongsikan laman penyokong onefootball.my. — Instagram
"Daryl Sham (pemain Johor Darul Takzim II) misalnya macam tak kena lah dengan taktikal jurulatih Elavarasan.
"Sebab dia dah biasa main one touch, combination play one two...apabila dia main (dengan skuad B-22) negara, dia tak boleh buat apa.
"Jurulatih old skool ini dia suka pemain yang boleh beat pertahanan lawan, lepas tu crossing," katanya.
Selain Daryl Sham, pemain Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq juga dilihat tidak menjadi di bawah bimbingan Elavarasan.
"Atiq pemain TFC pun nampak blur di padang, padahal star player TFC tu," kata penyokong berdasarkan perkongsian laman penyokong onefootball.my.
Arif Aiman (tengah) beraksi dengan skuad senior di peringkat kelab dan skuad kebangsaan. — Bernama
Sementara itu, seorang lagi penyokong berasakan mungkin disebabkan hal tersebut, pemain bintang seperti Arif Aiman Hanapi seakan-akan 'mengelat' untuk bermain dengan Harimau Malaya.
"Mungkin sebab macam inilah Arif Aiman malas nak main dengan skuad kebangsaan. Dia dahlah main level senior (Harimau Malaya), dapat taktikal skuad junior macam ini punya hambar, memang tak naklah member tu agaknya," ujarnya.
Untuk rekod, Malaysia akan membuat perhitungan menentang Vietnam pada Isnin depan sebelum menutup saingan kumpulan bertemu Singapura, pada 11 Mei ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,