SUATU ketika dahulu, penyokong bola sepak negara pernah disajikan dengan perlawanan skuad kebangsaan yang bersaing di peringkat Liga Singapura.
Pasukan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu diberi nama Harimau Muda A dengan dibarisi pemain bawah 22 tahun.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dibentuk berdasarkan reputasi gah mereka selaku juara Sukan SEA ke-26 Indonesia.
Mereka bersaing dalam Liga Super Singapura berdasarkan kontrak empat tahun dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bermula 2012.
Mengikut perjanjian antara FAM dengan FAS, Harimau Muda A akan beraksi sehingga 2015 demi pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
Jom imbau para pemain yang menjadi nadi utama Harimau Muda A ketika itu dan di mana mereka sekarang.
I) Nama-nama yang masih bermain dengan kelab Liga Super 2023
1. Mahali Jasuli (NSFC)
Berusia 23 tahun ketika membuat debut bersama Harimau Muda A. Sempat beraksi dengan pasukan tersebut bagi musim 2011/2012 namun tiada lagi dalam skuad tersebut bagi musim 2012/2013 dan 2014/2015.
Jarang tersisih daripada kesebelasan utama dan bermain di pertahanan kanan pasukan. Kini berusia 34 tahun dan bermain untuk skuad Negeri Sembilan FC.
2. Irfan Fazail (Sabah FC)
Bermain untuk musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015.
Irfan merupakan nadi pasukan Harimau Muda A dengan muncul sebanyak 22 kali. Bekas pelatih Sekolah Sukan Bukit Jalil itu berusia 21 tahun semasa membuat penampilan sulung di pasukan tersebut.
Dia menyertai JDT selepas itu namun gagal muncul sebagai pemain utama. Ketika umurnya melewati 32 tahun, dia tetap menyinar di pentas liga tertinggi Malaysia dengan berkhidmat di Sabah FC secara pinjaman di bawah bimbingan Kim Swee.
Shahrul (kiri) membintangi skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Pan-gon. — Facebook
3. Farhan Abu Bakar (Kelantan FC)
Bermain di posisi penjaga gol untuk musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015.
4. Shahrul Saad (JDT)
Menyertai skuad Harimau Muda A pada usia 18 tahun. Bermain untuk musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015. Antara pertahanan tengah yang berbakat di bawah bimbingan Kim Swee.
Shahrul yang berusia 29 tahun pernah menyertai Felda United, sebelum ke Perak FC dan ditandatangani JDT pada Mei 2021. Pada usianya itu, Shahrul masih cemerlang di atas padang dan kerap kali dipanggil ke skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon.
5. Hazwan Bakri (JDT)
Berusia 21 tahun ketika menyertai skuad Harimau Muda A. Bermain untuk musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015.
Izham (kiri) dan Farizal antara dua penjaga gol prolifik skuad kebangsaan. — Facebook
6. Izham Tarmizi (Sri Pahang FC)
Pemain yang kerap digunakan Kim Swee sebagai benteng terakhir skuad Harimau Muda A. Dia yang menyertai pasukan tersebut pada umur 21 tahun bermain untuk musim 2011/2012 dan 2012/2013.
Izham tiba di JDT pada musim 2014 dan dipinjamkan ke Sri Pahang FC pada 2022 selepas agak lama tidak mendapat musim sebagai penjaga gol utama Harimau Selatan.
7. Fadhli Shas (Sri Pahang FC)
Menyertai pasukan pada usia 21 tahun. Bermain untuk musim 2011/2012 dan 2012/2013.
Fadhli juga kerap digunakan Kim Swee dalam sebagai pilihan utama apabila bermain di Liga Singapura.
Selepas tamat program bersama Harimau Muda, Fadhli menyertai JDT selama kira-kira lapan tahun dan kini pemain berusia 32 tahun itu berkhidmat dengan Sri Pahang selepas ditandatangani secara kontrak selama dua tahun.
8. Nazmi Faiz (JDT)
Antara pemain termuda yang berada dalam pasukan Harimau Muda A. Nazmi hanya berusia 17 tahun ketika itu dan bermain untuk skuad 2011/2012. Selain Shahrul, Nazmi juga merupakan nama regular yang sering mendapat panggilan kebangsaan ke kem latihan Harimau Malaya di bawah kendalian Pan-gon.
9. Wan Zack Haikal (Perak FC)
Bermain untuk skuad 2011/2012 dan berumur 21 tahun ketika itu. Dari segi sudut keberjayaan menempatkan diri dalam kancah tertinggi Malaysia, pemain itu boleh dikatakan okey walaupun mempunyai banyak siri kecederaan.
Pemain yang beraksi dengan Perak FC ini kini berusia 32 tahun. Bersama Perak FC musim ini, Wan Zack Haikal sudah membuat satu bantuan gol ketika Sang Seladang menentang Kelantan FC di saingan Liga Super baru-baru ini.
Fandi (kiri) ketika menyarungkan jersi skuad kebangsaan. — Facebook
10. Fandi Othman (Kelantan United)
Bermain untuk musim 2011/2012 dan 2012/2013 dan berumur 20 tahun ketika memulakan debut dengan Harimau Muda A.
Fandi menjadi pemain paling digunakan oleh jurulatih Kim Swee berbanding 30 pemain dalam skuad itu, namun gagal menyerlah selepas program tersebut dibubarkan.
Selepas gagal menembusi kesebelasan utama di JDT, dia dipinjamkan ke Melaka United dan menyertai kelab kecil Felcra United.
Fandi kemudian menyertai PKNS, Kuala Lumpur City FC dan terbaharu Kelantan United pada usia 31 tahun.
11. Gary Steven Robbat (Sabah FC)
Bermain untuk musim 2011/2012 dan 2012/2013 dan berumur 19 tahun ketika memulakan debut dengan Harimau Muda A. Seperti Irfan Fazail, Gary juga direkrut oleh JDT selepas tamat program dan hanya menyertai Sabah FC pada musim lepas.
12. Ariff Farhan (KDA FC)
Menjadi pemain termuda beraksi dalam skuad Harimau Muda A. Ariff Farhan hanya berusia 15 tahun ketika membuat debut dengan skuad kebangsaan.
Berada dalam pasukan Kim Swee untuk ketiga-tiga musim iaitu 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015. Kini pemain berusia 26 tahun ini berkhidmat dengan pasukan Sang Kenari.
13. Nazirul Naim (KL City FC)
Namanya dipanggil ke skuad 2014/2015. Antara dua pemain yang digunakan oleh Kim Swee di posisi pertahanan kiri selain Affize Faisal Mamat.
14 Faizat Ghazali (Penang FC)
Nama dipanggil ke skuad 2014/2015. Berusia 20 tahun ketika itu dan bermain di posisi tengah menyerang.
Muhammad Syazwan bermain dengan BRM FC musim ini. — Facebook
II) Bermain dengan kelab divisyen 3 Liga Malaysia 2023
1. Nur Areff Kamaruddin (Harini FC) - Bermain untuk musim 2011/2012
2. Muhammad Syazwan Tajudin (BRM FC) - Bermain untuk musim 2012/2013
3. Amer Saidin (Kuala Lumpur Rovers) - Bermain untuk musim 2012/2013 dan 2012/2013
4. Ferris Danial Mat Nasir (Imigresen FC) - Bermain untuk musim ketiga-tiga musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015
5. Syahrul Azwari (Melaka FC) - Bermain untuk musim ketiga-tiga musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015
Affize Faisal Mamat (kanan) ketika menyarungkan jersi skuad kebangsaan. — Facebook
III) Tiada rekod kelab
1. Izzaq Faris Ramlan - Bermain untuk musim 2011/2012 dan musim 2012/2013
2. D Saarvindran - Dipanggil ke skuad 2014/2015
3. Azizzan Nordin - Bermain untuk musim 2011/2012
4. Shahril Sa'ari - Penjaga gol yang bermain untuk musim ketiga-tiga musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015
5. Akmal Ishak - Bermain untuk musim 2011/2012
6. Affize Faisal Mamat - Bermain untuk musim ketiga-tiga musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015
7. Thamil Arasu - Bermain untuk musim ketiga-tiga musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015
Izzat Farris (kanan) ketika menyarungkan jersi skuad kebangsaan. — Facebook
8. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria - Bermain untuk musim 2011/2012
9. V Kavichelvan - Bermain untuk musim ketiga-tiga musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015
10. Izuan Salahuddin - Bermain untuk musim 2011/2012
11. Syahid Zaidon - Bermain untuk musim ketiga-tiga musim 2011/2012, 2012/2013 dan 2014/2015
12. Raphi Azizan- Bermain untuk musim 2011/2012 dan 2012/2013
13. Wan Amirzafran - Dipanggil ke skuad 2014/2015
14. Firdaus Muhammad - Dipanggil ke skuad untuk musim 2012/2013
15. Ridzuan Abdunloh - Dipanggil ke skuad 2014/2015
Skuad Harimau Muda A dibubarkan pada 2015 selepas Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaludin Abu Bakar melihat pendekatan itu tidak lagi relevan dan persatuan bola sepak negeri perlu bertanggungjawab membangunkan pemain mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram