KEMENANGAN pasukan Sabah FC menundukkan skuad Selangor FC 2-1 di halaman sendiri membakar semangat barisan pemain Sang Badak kerana mampu mengatasi pencabar utama Liga Super 2023.
Prestasi yang ditunjukkan oleh anak buah kendalian Datuk Ong Kim Swee (DOKS) diharap dapat mengekalkan rentak permainan dalam saingan liga.
Bagaimanapun, nama pemain berasal dari Kedah mendapat perhatian warga maya apabila menampilkan aksi memukau ketika diberi kepercayaan oleh DOKS untuk berada di padang.
Ji sung yang juga pernah bermain dengan pasukan terkenal iaitu Manchester United.
Rizal Ghazali yang juga bekas pemain KDA FC beraksi untuk membantu menguatkan benteng pertahanan dan jentera serangan Sang Badak agar tidak mudah dirobek oleh pihak lawan.
Dalam perlawanan saingan Liga Super 2023, pemain yang berketinggian 1.70 meter itu mencetak satu gol ketika menentang Penang FC dan satu hantaran bantuan pada minit ke-62 menewaskan pasukan PDRM.
Lebih mengujakan apabila fans The Rhinos telah menyamakan Rizal dengan pemain profesional Korea Selatan yang berkelana di luar negara.
Siapa yang tidak mengenali bekas pemain atau digelar bintang bola sepak pasukan Manchester United, Park Ji Sung iaitu satu-satunya pemain Asia paling berjaya dalam sejarah bola sepak dan mendapat jolokan 'Three-Lung' Park.
"Macam Park Ji Sung dia ini, ada 3 paru-paru," kata Ruuddalie Arangguiz.
"Berbaloi sign dia ini tuan-tuan,sangat diperlukan di bahagian pertahanan kanan, sangat terasa kalau dia tidak main terutama dari segi bantuan serangan, dia ini nafas tahap dewa ow," kata Jusli Lingai.
"Ini bukan sahaja kebal tapi laju bahagian sayap, banyak assist gol dari tepi padang," kata Joseph Rapang.
Para penyokong setia Sabah FC juga berharap Rizal Ghazali terus berada di bawah kendalian DOKS agar pasukan The Rhinos terus digeruni dengan kelebihan barisan pemain Sang Badak itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram