Desak 'buang' 3 import, fans Sang Penyu tagih sentuhan bekas peledak berbisa Kedah menjelang Piala AFC


  • Podium
  • Ahad, 07 Mei 2023

Terengganu FC perlu lebih bersedia untuk menghadapi saingan Piala AFC 2023.

PRESTASI skuad Terengganu FC (TFC) mendapat kritikan ramai selepas menunjukkan aksi yang dikatakan tidak bermaya di atas padang awal musim ini.

Walaupun menjadi antara kelab digeruni musim lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), namun, corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Sang Penyu kali ini tidak memberansangkan.

Antara aspek utama dikesan berikutan kelemahan barisan pemain import yang tampil mengecewakan di beberapa posisi iaitu jentera serangan import Terengganu FC yang masih belum berada pada tahap memuaskan walaupun selepas mengharungi beberapa perlawanan.

mahmoud

Mahmoud berjaya mencatatkan sembilan gol ketika beraksi bersama KDA FC musim lepas.

Namun begitu, sebagai pasukan yang layak dalam saingan Piala AFC 2023, pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner perlu bersedia dalam memilih barisan pemain import yang bukan sahaja berkualiti tetapi mampu meledak gol.

Bekas peledak berbisa Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi yang kini beraksi kelab di Liga Kuwait, Qadsia SC itu dikatakan sesuai untuk membantu jentera serangan TFC dalam saingan Piala AFC.

Kelincahan pemain berusia 30 tahun itu mendapat perhatian penyokong TFC apabila berjaya merekodkan sembilan jaringan daripada 19 perlawanan bersama pasukan KDA FC.

Salah seorang penyokong setia TFC memberikan pandangan mengenai barisan pemain import yang berkebolehan dalam mendapatkan rentak permainan.

"Kedua-dua aspek pemain iaitu import dan local harus ada penggantian, pemain import yang seharusnya ditukar adalah Ivan Mamut, Domagoj Pusic dan Omid Nazari.

"Adisak, Sony, Mintah, Habib, Kulmatov dan Redzovic, bagi saya buang 3 orang import, hanya masukkan penyerang import yang benar-benar padu, Mahmoud Al Mardi antara salah seorang atau Ifedayo," kata Hafeez Mohammed.

Mahmoud memiliki sebanyak 25 penampilan bersama skuad kebangsaan Jordan yang merupakan kelabnya terkini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram