PRESTASI yang ditampilkan oleh pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 2-1 pada perlawanan saingan Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan amat melegakan penyokong Hijau Kuning itu.
Selepas kalah di tangan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL CITY FC) 2-3, KDA FC bangkit dengan menundukkan NSFC melalui dua gol penyerang import Brazil, Willian Lira dibantu oleh Manuel Hidalgo.
Kutipan 19 mata selepas 10 perlawanan setakat itu meletakkan skuad Sang Kenari di kedudukan kelima liga sambil mengekori rapat Sabah FC di satu tangga lebih atas.
Penyerang sayap kanan, Hidalgo menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama KDA FC.
Namun, kegusaran kembali membelenggu penyokog Hijau Kuning apabila kelibat tonggak lincah kelab itu mencetuskan persoalan.
Hal itu dibangkitkan sebagai respons terhadap satu hantaran Faceboook rasmi KDA FC yang memuat naik sesi latihan skuad Sang Kenari itu.
Tetapi ketiadaan tonggak utama Sang Kenari, Hilgado di tempat latihan undang tanda tanya para penyokong Hijau Kuning itu mengenai keberadaannya.
Hal ini kerana, khabar angin perpindahan tonggak utama import pasukan itu, Manuel Hidalgo ke sebuah kelab di Indonesia semakin bertiup kencang dan 'kehilangannya' dalam sesi tersebut semakin menjadi realiti.
Pemain kelahiran Argentina itu dilaporkan menarik minat PS Barito Putera yang ketika ini beraksi di Liga 1 Indonesia.
Untuk rekod, kelab yang berpangkalan di Banjarmasin, Indonesia itu kini turut dibarisi bekas import pertahanan KDA FC, iaitu Renan Alves yang berpindah selepas khidmatnya bersama skuad Sang Kenari ditamatkan pada musim lalu.
Berita berkenaan kemungkinan perpindahan tersebut mendapat reaksi agak negatif daripada penyokong Hijau Kuning yang berpendapat keputusan melepaskan Hidalgo bakal memberi kesan buruk kepada pasukan.
Hildago setakat ini membantu pasukan KDA FC meledak dua gol dan tiga hantaran bantuan dalam 10 perlawanan saingan Liga Super 2023.
Susulan 'kehilangannya' rata-rata penyokong mulai berteka-teki tentang kelibat pemain berusia 24 tahun itu mejelang perlawanan seterusnya.
"Lira dan Hidalgo manaaa," kata Hariz Firdaus.
"Lira ada..cuma Hidalgo tak nampak lagi, mungkin on the way atau pun tak habis lagi sambut birthday," kata Muhammad Farhan yang merujuk kepada tarikh kelahiran pemain itu pada 3 Mei lalu.
Semakan Majoriti di laman sosial pemain itu juga tidak menemukan hantaran terbaharu dan kali terakhir dikemas kini pada 18 Mac lalu.
Skuad KDA FC bakal menerima kunjungan pelawat iaitu Kelantan FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada 19 Mei. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,