'Kita perlu pemain ini untuk MSSM', fans usik Arif Aiman, Luqman Hakim gara-gara tak beraksi di Kemboja


  • Podium
  • Khamis, 04 Mei 2023

Luqman (kiri) dan Arif (kanan) tidak dipanggil Elavarasan bagi Sukan SEA Kemboja kali ini.

SKUAD bola sepak bawah 22 (B-22) tahun negara menepati ramalan untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Laos apabila mencatatkan kemenangan 5-1 bagi aksi Kumpulan B Sukan SEA Kemboja.

Aksi yang berlangsung di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja menyaksikan Malaysia mudah menewaskan skuad kendalian Michael Weis apabila membuka akaun jaringan seawal permainan bermula.

Namun disebalik kemenangan Malaysia menentang Laos pastinya ramai penyokong Malaysia merasa kecewa apabila Arif Aiman dan Luqman Hakim tidak menyertai skuad B-22 untuk Sukan SEA 2023.

Luqman memilih untuk berkelana ke Iceland selepas sukar mendapatkan tempat bersama skuad senior, KV Kortijk setakat ini.

Sepanjang berada di Iceland, Luqman diberikan peluang bermain dan dia juga mempamerkan kehebatannya menerusi gol ketika aksi persahabatan dan perlawanan rasmi bagi pasukan itu.

Penyokong turut mempersoalkan keputusan pihak kejurulatihan yang tidak memanggil Arif Aiman.

Penyerang itu sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan namanya terus mekar bersama Harimau Selatan sejak melakukan debut pada 2020.

Kemampuannya sama sekali sukar dipersoalkan apabila dia muncul sebagai pemain terbaik tempatan selama dua tahun berturut-turut.

Mukhairi Ajmal

Mukhairi ketika diasak pemain Laos.

Dengan kemenangan skuad Harimau Muda, rata-rata penyokong mula mengusik dua pemain ini yang tidak dipanggil menyertai skuad skuad B-22 untuk Sukan SEA 2023.

"Quang Hai dengan Chanatip pun main Sukan SEA, tak ada pula kelab Jepun pandang hina," kata Palatao Bola.

"Tak faham kenapa JDT takut sangat nak lepaskan Arif Aiman, tahu itu hak pasukan tapi bukan ke 'squad depth' JDT dah lengkap," ujar Amrcd.

"Kita perlukan khidmat pemain-pemain macam ini untuk Majlis Sukan-Sukan Sekolah," jelas Ais_Nescafe.

Namun begitu, kemenangan ke atas Laos sudah pasti menjadi tonik terbaik buat barisan pemain muda negara yang akan berdepan tugas getir menentang pasukan pilihan, Thailand di gelanggang sama, Sabtu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram