Bukan masalah pemain tapi fans anggap Elavarasan tidak relevan kemudi skuad B-22


  • Podium
  • Ahad, 07 Mei 2023

Penyerang Malaysia, Haqimi Azim Rosli diasak pemain Thailand, Songchai Thongcham pada aksi peringkat Kumpulan B sempena Sukan SEA 2023 di Stadium Prince pada Sabtu. — Bernama

IMPIAN skuad bawah 22 (B-22) tahun negara untuk meneruskan rentak kemenangan dalam acara bola sepak Sukan SEA Kemboja 2023 lebur apabila tewas 2-0 kepada Thailand di Stadium Prince, Kemboja, pada Sabtu.

Anak buah E Elavarasan dipaksa bekerja keras untuk menyekat kemaraan skuad Gajah Perang yang memiliki kelebihan tempoh rehat lebih lama selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Singapura.

Penyokong Harimau Muda yang kecewa dengan persembahan skuad kebangsaan berpendapat kekalahan tersebut tidak boleh diletakkan di bahu pemain sahaja.

Laman penyokong onefootball.my berasakan kekalahan skuad B-22 negara berpunca daripada jurulatih pasukan itu sendiri yang disifatkan sudah kurang relevan untuk mengemudi Harimau Muda.

Menurut onefootball.my di Instagram Story, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sepatutnya menurunkan jurulatih berumur dengan corak permainan lama buat skuad B-22 negara.

"FAM bawa coach berumur dan old skool gameplay di skuad bawah umur Malaysia, contohnya Hassan Sazali Waras (skuad B-19) dan Elavarasan (skuad B-22).

"Patut Pau Marti Vicente (pembantu jurulatih skuad senior negara) yang turun bukan Ela.

"Kalau FAM masih ambil coach tua dan main long ball (hantaran jauh), produk akademi akan rosak," katanya.

WhatsApp Image 2023-05-07 at 09.06.30

Di Twitter pula, onefootball.my berkata, sejak Datuk Ong Kim Swee tidak lagi menjawat jawatan jurulatih skuad B23 negara, corak permainan skuad muda negara tiada hala tuju dan tidak tersusun secara rapi walaupun sudah tukar jurulatih.

Namun kenyataan itu disanggah sebahagian penyokong lain yang berasakan setiap jurulatih mempunyai style of play berbeza yang mahu diterapkan dalam pasukan.

Seorang penyokong, Kurrua berpendapat, setiap jurulatih menerapkan berlainan corak rentak permainan dari setiap sudut taktikal.

"Zaman Kim Swee masa tu masih mengikut mengikut atau menggilapkan lebih tajam lagi stail permainan yang mengfokuskan kepada ‘crossing dari pemain sayap’.

PHNOM PENH, 6 Mei -- Pasukan Malaysia bergambar sebelum beraksi menentang pemain Thailand pada perlawanan Bola Sepak Peringkat Kumpulan B sempena Sukan SEA 2023 di Stadium Prince hari ini.Skuad negara tewas dengan keputusan 2-0.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Skuad B22 negara kendalian Elavarasan. — Bernama

"Sekarang banyak fokus ‘pressing and aggresive counter-attack style of play’. Tapi skuad Sukan SEA ketika menentang Thailand nampak berkembang dan matang dalam build-up game, counter attack dan tidak goyah ketika diasak pihak lawan.

"Bagi saya itu satu peningkatan yang amat besar dan positif untuk bersaing dengan team gergasi Asia lain. Harapnya skuad ini boleh belajar daripada skuad senior untuk bermain lebih baik," katanya.

Sementara itu, Mezz pula berpendapat ada sebab Elavarasan dipilih untuk mengemudi skuad Harimau Muda.

"Point dia buat secara bersistem ni untuk biar semua pemain selesa dan belajar filosofi cara permainan di tahap senior di bawah kendalian jurulatih Kim Pan-gon.

"Apabila ada assistant Elavarasan jaga, lagi senang untuk semua pemain tak bercanggah. Sistem ni akan ambil masa sebab dia bertingkat-tingkat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram