'Baik pergi daripada tersakiti', fans Kelantan restu perpindahan bintang import ke Sabah FC


  • Podium
  • Jumaat, 05 Mei 2023

Antara aksi Cifu (kiri) semasa merantai pemain Real Madrid, Vinicius Jr dalam Liga Sepanyol. — Agensi

DESAS-DESUS perpindahan Miguel Cifuentes ke pasukan Sabah FC semakin hangat diperkatakan oleh penyokong-penyokong bola sepak tempatan.

Cifuentes atau nama singkatannya Cifu yang baru sahaja hadir ke kancah bola sepak negara dengan menyertai TRW Kelantan FC berjaya menarik minat penyokong dalam Liga Malaysia (Liga M).

Pemain berusia 32 tahun itu yang boleh beraksi di posisi sayap kanan, tengah menyerang dan pertahanan kanan nyata membuatkan ramai penyokong mengidamkan khidmatnya bagi memperbaiki pasukan masing-masing.

Cifu

Cifu baru menyertai Kelantan FC awal musim lalu. — Facebook/TRW Kelantan FC

Dalam 10 perlawanan Liga Super, Cifu berjaya menjaringkan tiga gol dan satu 'assist' manakala dalam Piala FA pula dia menyumbang satu bantuan gol.

Khabar angin perpindahan Cifu mendapat perhatian penyokong Kelantan dengan rata-ratanya dilihat reda pemergian pemain import itu ke pasukan lain.

Dengan situasi semasa skuad kendalian Frank Bernhardt, penyokong merestui perpindahan Cifu daripada melihat pemain kelahiran Sepanyol itu sengsara menetap di kelab itu.

created by InCollage

Cifu ketika mewakili Malaga FC di Sepanyol. — Agensi

"Bagus juga Cifu pergi ke pasukan Sabah FC," kata Are'yie Are'yie.

"Baik pergilah daripada duduk main dekat Kelantan FC," jelas Ahmad Jazlan.

"Baik pergi dari terus tersakiti," ujar Asyeraff Ahmad.

"Lebih baik awak pergi Cifu," luah Jusoh Okocha.

Menurut laman sesawang Trasfermarkt, nilai perpindahan semasa Cifu kini lebih RM1.9 juta.

Kelantan merupakan pasukan pertama Cifu di luar negara kelahirannya kerana sepanjang kariernya pemain ini banyak menghabiskan masa bermain bola sepak dalam Liga Sepanyol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram