PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap agar sistem video bantuan pengadil (VAR) akan mula diperkenalkan menjelang penghujung saingan musim 2023.
Isu pengunaan VAR kini semakin hangat diperkatakan selepas keputusan kontroversi yang dilakukan oleh pengadil-pengadil tempatan.
Malah selain VAR, langkah lain turut diambil untuk menangani isu kontroversi itu yang sering menjadi buah mulut penyokong-penyokong tempatan saban minggu.
Antaranya, FAM berkemungkinan mendapatkan khidmat pengadil negara luar bagi mengadili perlawanan terpilih Liga Malaysia bermula musim ini.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perancangan drastik itu bukanlah mahu menidakkan kualiti pengadil tempatan sebaliknya dilakukan bagi mengukuhkan lagi institusi pengadilan dalam negara ini.
Jadi adakah dengan pengenalan VAR dalam Liga Super akan memperbaiki mutu pengadilan tempatan yang mana sering menjadi topik hangat penyokong?
Selepas menemubual beberapa pakar aspek pengadilan bola sepak tempatan, Majoriti senaraikan tiga kesan penggunaan VAR dalam Liga Malaysia
Pengadil sedang memeriksa kesalahan pemain dari VAR di tepi padang. — Agensi
1. VAR dapat membantu kurangkan kesilapan pengadil tempatan
Umum mengetahui Liga Malaysia sering dilanda kontroversi keputusan pengadil yang boleh dikatakan tidak seperti.
Di Malaysia, isu pemberian penalti kontroversi sering menjadi hujah penyokong-penyokong setiap kali pasukan lawan diberikan sepakan penalti.
Jika adanya VAR dalam Liga Malaysia, ia sekali gus boleh menjadi rujukan kedua pengadil tempatan untuk membuat keputusan dengan tepat.
Keputusan VAR akan ditunjukkan secara umum di venue perlawanan. — Agensi
2. Keyakinan penyokong terhadap pengadil tempatan lebih meningkat
Dengan kehadiran VAR berkemungkinan kepercayaan penyokong terhadap kredibiliti pengadil tempatan akan lebih meningkat.
Ini kerana sebelum ini penyokong tidak begitu yakin dengan keputusan dibuat pengadil tempatan lebih-lebih lagi hukuman itu diberikan oleh figura yang pernah digantung FAM.
Kadar kerisauan penyokong untuk melihat pengadil yang mengendalikan perlawanan juga tentu berkurangan kerana apa-apa keputusan yang tidak jelas pastinya VAR bakal menjadi rujukan kedua oleh pengadil sebelum memuktamadkan sebarang bentuk hukuman.
Pengadil VAR Singapura melihat kesalahan yang dilakukan pemain sebelum membuat keputusan. — Agensi
3. Tiada lagi kontroversi pengadil selepas perlawanan
Sebelum ini hampir setiap minggu berita-berita berkaitan pengadil akan menjadi bualan penyokong-penyokong bola sepak.
Jadi dengan adanya VAR, kebiasaannya pengadil dan penonton boleh melihat keputusan secara terus menerusi 'scoreboard' ataupun skrin gergasi yang berada di stadium.
Sehubungan dengan keputusan itu, penyokong secara umum dapat melihat dan menerima keputusan itu dengan jelas kerana pengadil telah menyemak berkali-kali berkenaan isu terbabit sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,