Pro-kontra jika pengadil import hiasai Liga M


  • Podium
  • Rabu, 03 Mei 2023

Nazmi Nasaruddin (tengah) pernah mengendalikan perlawanan akhir Piala AFC B-20 pada Mac 2023 di Uzbekistan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi bayangan berkemungkinan bakal mendapatkan khidmat pengadil import bagi mengadili perlawanan terpilih Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini susulan prestasi tidak menentu pengadil-pengadil tempatan sepanjang mengadili perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Malah sudah ada pengadil yang digantung FAM sebaik sahaja Liga Super baru membuka tirai kerana keputusan kontroversi yang dilakukan Zulkarnain Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'ref botak'.

Isu pengadil import ini sudah lama disuarakan sejak Tengku Mahkota Johor menjadi Presiden FAM yang mana ketika itu beliau berhasrat untuk mewujudkan entiti bebas yang dijaga khas untuk pengadil.

Ini bukan kali pertama liga domestik mendapat khidmat pengadil dari luar negara memandangkan dalam final Piala FA 2019, FAM bertindak memanggil pengadil dari Jepun, Takuto Okabe, yang turut dibantu dua lagi rakan senegara, Akane Yagi dan Osamu Nomura.

Dengan kemasukkan pengadil import dalam Liga Malaysia, Majoriti menyenaraikan pro dan kontra yang akan berlaku dalam Liga Malaysia kelak.

WhatsApp Image 2023-05-03 at 16.59.43

Pengadil dari Jepun, Takuto Okabe pernah dipanggil FAM untuk mengadili perlawanan akhir Piala FA 2019.

Pro

1. Belajar daripada pengadil berkualiti

Jika FAM menjemput seseorang pengadil dari negara luar untuk mengadili perlawanan Liga Malaysia semestinya individu tersebut mempunyai latar belakang yang bagus dalam mengadili perlawanan.

Jika kehadiran pengadil import ke dalam Liga Malaysia menjadi kenyataan ia boleh menjadi contoh dan reference yang baik buat pengadil tempatan.

Namun dengan syarat pengadil import ini perlu kekal lebih lama di negara ini supaya boleh pengadil tempatan boleh berkomunikasi dan mengadakan perbincangan bagi memberikan pendedahan yang lebih kerap.

WhatsApp Image 2023-05-03 at 17.02.06

Mark Clattenburg pengadil England yang berkelana ke Arab Saudi untuk menjadi pengadil di liga bola sepak di negara itu.

2. Muka baharu dalam Liga Malaysia

Penyokong juga pastinya akan lebih teruja melihat muka baharu mengadili perlawanan Liga Super dengan kurangnya kontroversi berulang yang sering kali terjadi dalam perlawanan.

Seperti contoh FAM membawa masuk pengadil import dari Jepun untuk mengadili perlawanan akhir Piala FA 2019 sekali gus memberi nafas baharu dalam dunia bola sepak Malaysia.

Malah prestasi pengadil import tersebut dalam mengawal suasana perlawanan itu turut mendapat pujian daripada penyokong-penyokong tempatan.

Kontra

WhatsApp Image 2023-05-03 at 17.03.07

Zulkarnain Zakaria digantung daripada mengadili semua perlawanan Liga Malaysia 2023. — Facebook/Penang FC

1. Rugi jika pengadil import datang dan pergi

Seperti pemain import, pasukan dalam Liga Super mengambil seorang individu itu kerana ingin menambahbaik pasukan serta supaya pemain tempatan dapat belajar teknik dan pengalaman daripada mereka.

Oleh itu kebanyakkan pasukan menandatangani pemain import selama satu musim supaya ia dapat berkongsi pengalaman bersama pemain tempatan.

Sama juga dengan pengadil import, rugi jika mereka hanya mengendalikan satu perlawanan dan tidak melakukan sebarang pertukaran informasi dengan pengadil tempatan.

WhatsApp Image 2023-05-03 at 17.04.21

Ryuji Sato (kanan) antara pengadil negara luar yang pernah mencipta kontroversi semasa mengadili perlawanan skuad kebangsaan.

2. Tiada pertukaran pengadil tempatan dan luar

Usaha yang baik ditunjukkan FAM untuk memperbaiki mutu pengadilan bola sepak di negara ini dengan usaha membawa pengadil import.

Namun jika sekadar memberi peluang kepada pengadil import untuk mengadili perlawanan Liga Super ia jelas merugikan bagi perkembangan pengadil bola sepak di negara ini.

Jika berlaku persefahaman ataupun pertukaran pengadil tempatan dan import ia sedikit sebanyak akan memberikan pendedahan kepada kedua-dua pengadil.

Mungkin FAM boleh mengambil idea daripada TMJ yang mana berhasrat untuk mewujudkan entiti bebas yang dijaga khas untuk pakar dari luar negara.

Sebelum ini, TMJ menegaskan yang baginda akan membawa tenaga dari luar negara untuk banyak aspek.

Sebagai contoh staf kejurulatihan dari luar negara seperti pakar pengadil dari Jepun untuk mengendalikan unit pengadil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram