IKON bola sepak Selangor, Amri Yahyah tiba-tiba menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial apabila dia didapati ‘menghadiahkan siuu’ selepas pasukannya, Sabah FC menewaskan Selangor FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.
Hal ini kerana, aksi yang ditunjukkan oleh bekas pemain Selangor FC itu atau lebih mesra dikenali sebagai Wak Am sejurus selepas pengadil meniupkan wisel tamat permainan menyebabkan ramai penyokong Selangor tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikatakan lupa diri.
Reaksi yang dilakukan oleh penyerang Sang Badak itu terhadap pasukan lamanya dikatakan tidak patut kerana gaya tersebut sering digunakan oleh tonggak utama skuad Gergasi Merah, Faisal Halim ketika meraikan gol.
Anak jati kelahiran Selangor itu pernah diberi gelaran sebagai budak emas.
Di sebalik kecaman yang diterima oleh Wak Am, ramai lupa akan jasanya yang berjaya disumbangkan oleh Wak Am kepada bekas pasukannya itu, Selangor FC.
Anak jati kelahiran Selangor itu pernah diberi gelaran 'Golden Boy' apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan skuad Gergasi Merah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah FC.
Pemain berumur 42 tahun itu juga pernah membantu Selangor merangkul kejuaraan treble iaitu Liga Perdana Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2005 dan diberikan amanah memakai lilitan kapten pasukan Selangor pada musim 2009 hingga 2012.
Disebabkan itu, ada penyokong yang membantah kecaman tersebut kerana sumbangan Wak Am terhadap Gergasi Merah sangat besar.
"Bagi aku dia tetap legend Selangor, dia marah dengan pengurusan, cara dia ditendang keluar macam dia tiada jasa dengan Selangor FC, marah dia masih ada.
"Kita pun tahu perangai dia macam mana, perangai budak nakal dia itulah punca Selangor banyak dapat piala juga. " kata Azhari Wahab.
Tambahan pula, di sebalik insiden panas tersebut dalam satu postingan di Instagram milik Amir Yahya memberi petunjuk bahawa tiada pertelingkahan timbul antara dia dan Faisal Halim.
Ia menunjukkan bahawa kedua-dua ikon bola sepak negara itu sempat berpelukan yang mana menunjukkan tiada pertelingkahan yang berlaku di antara mereka berdua. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram