Inginkan permainan ala Brazil, nama coach di Lembah Klang diseru fans Sang Kenari


  • Podium
  • Rabu, 03 Mei 2023

Skuad KDA FC perlu memastikan corak permainan yang optimum untuk kekal dalam carta teratas Liga Super 2023.

CORAK permainan yang ditampilkan oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super musim ini hangat diperkatakan berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan daripada barisan pemain skuad itu.

Walaupun berada pada kedudukan kelima dalam carta liga super, namun, prestasi KDA FC kemungkinan akan merosot jika tidak mempertahankan mata yang berjaya dipungut.

Terdapat segelintir penyokong menyalahkan pengendali KDA FC itu, Nafuzi Zain kerana pemilihan taktikal yang tidak sesuai.

Hal ini kerana, pengendali Sang Kenari itu masih belum membuktikan kebolehan sehingga mudah ditundukkan pihak lawan.

roman

Ramon Marcote pernah menjadi ketua jurulatih pasukan KDA FC.

Oleh itu, nama bekas ketua jurulatih kelab itu, Ramon Marcote dipetik oleh salah seorang penyokong Sang Kenari untuk kembali mengambil alih kendalian Nafuzi yang dikatakan tidak mempunyai sebarang peningkatan pasukan tersebut.

Marcote sebelum ini pernah bekerjasama bersama Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih kecergasan di KDA FC sekitar 2015 sebelum pengendali kelahiran Sepanyol itu dilantik sebagai ketua jurulatih pada 2018.

"Ambil Roman Konte ( Ramon Marcote) jadi coach, latih pemain Kedah style beliau ambil alih tugas setelah ketiadaan Tan Cheng Hoe, permainan ala Brazil dan kekal corak tersebut.

"Bila Tan Cheng Hoe pulang, corak permainan Kedah mula berubah, style lok (hantar) bola ke atas, style ini tidak sesuai buat pemain kedah," kata Ahmad Salleh Nek Mat.

Marcote merupakan bekas ketua jurulatih skuad Kedah FC yang menggantikan tempat Cheng Hoe ketika memilih untuk mengemudi skuad kebangsaan pada 2017.

Oleh itu, pertukaran pengendali perlu dilakukan boleh dipertimbangkan agar pasukan KDA FC terus memberikan tekanan dalam saingan Liga Super 2023.

Marcote ketika ini menjalankan tugas sebagai pembantu ketua jurulatih pasukan Selangor FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram