Kedah jangan 'happy' dulu, Perak dan TRW juga ada peluang buru legenda Buriram United


  • Podium
  • Selasa, 25 Apr 2023

Rochela juga merupakan mendapat kepercayaan untuk menjadi ketua pasukan Port FC. — Instagram/Rochela

PEMAIN legenda Liga Thailand divisyen satu, Port FC, David Rochela membuatkan para penyokong Sang Kenari tidak keruan apabila dia menunjukkan minat untuk menyertai pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Rochela dilihat memuat naik semula hantaran di Insta Story dari laman penyokong yang mengajaknya ke Darul Aman dan perkara itu seolah-olah menunjukkan minat terhadap skuad bimbingan Nafuzi Zain.

Pada Sabtu, pemain berusia 33 tahun itu mengejutkan penyokong Port FC apabila dia mengumumkan akan meninggalkan kelab itu selepas menabur bakti selama lapan tahun di skuad Khlong Toei Lions.

WhatsApp Image 2023-04-24 at 17.54.44

Tangkap layar Insta Story Rochela.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Rochela mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan penyokong Port FC yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sepanjang lapan tahun.

Rochela bukan nama asing dalam Liga Thailand berikutan pemain dari Sepanyol itu sudah mula menjejak negara tersebur pada 2014 dan Buriram United adalah paskan pertama yang menggunakan khidmat bek tengah terbabit.

Pengumuman Rochela meninggalkan Port FC membawa duka kepada peminat kelab itu namun bagi pasukan Liga Malaysia (Liga M) ia merupakan peluang untuk membawa masuk pemain berkenan.

Meskipun Rochela seperti sudah menunjukkan minat terhadap Kedah, tidak bermaksud peluang pasukan Liga Super lain sudah tertutup untuk memburu khidmat pemain yang pernah membawa Port FC memenangi Thai FA Cup pada 2014.

Selain KDA FC, pasukan Perak FC dan Kelantan FC juga dilihat cukup sesuai untuk menggunakan kepakarannya dan ketiga-tiga kelab itu mempunyai masalah yang sama di bahagian pertahanan.

perak fc

Pemain Perak FC musim ini. — Facebook/Perak FC

Perak FC yang banyak bergantung harap pada pemain muda dan tempatan menyebabkan pasukan The Bos Gaurus (TBG) menjadi mangsa amukan pasukan lain untuk berpeluang meraih tiga mata perlawanan.

Bagi mengelak daripada skuad Seladang terus menambah jumlah bolos mereka yang sudah dibolosi sebanyak 14 kali, Rochela mungkin merupakan pemain sesuai untuk menjadi benteng utama.

Pengalamannya bersama dua kelab gergasi Thailand itu sudah cukup menjadi resume kukuh untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang pertahanan kental.

de murga

De Murga (depan) meninggalkan Kelantan FC selepas mempamerkan persembahan hambar sejak tiba dari JDT. — Facebook/TRW Kelantan FC

Manakala, pasukan Kelantan pula yang baru sahaja kehilangan khidmat bek tengah, Carli de Murga pastinya memerlukan pengganti yang cukup berpengalaman seperti Rochela.

Penyokong skuad TRW rata-ratanya mendesak untuk mencari pengganti de Murga dengan harapan kehadiran pemain baharu itu dapat membaiki prestasi pasukan pada jendela perpindahan kedua nanti.

Untuk rekod, Pemain yang memulakan kerjayanya di Deportivo La Coruna itu pernah bermain bersama De Gea ketika mewakili Sepanyol pada Piala Dunia B-17 yang menyaksikan pasukan mereka dinobatkan naib juara kejohanan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram