[VIDEO] Pamer skil 'gulung' waktu latihan, aksi Mat Yat dikatakan mirip CR7


  • Podium
  • Ahad, 30 Apr 2023

Tangkap layar video jaringan 'bicycle kick' Akhyar semasa sesi latihan yang dikongsikan di Facebook Johor Southern Tigers.

KELINCAHAN dimiliki pemain muda negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid sememangnya sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Apabila diberikan peluang untuk beraksi, penyerang berusia 24 tahun itu sering kali tampil dengan kejutan sama ada melalui gelecekannya yang mengelirukan atau rembatan deras mampu menembusi pintu gol lawan.

Baru-baru ini, anak kelahiran Kedah itu juga merupakan watak utama yang membantu skuad kebangsaan untuk merekodkan kemenangan semasa dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada akhir Mac lalu.

Pemain kelahiran Kedah yang juga dikenali dengan nama timangan Mat Yat menjadi penjaring gol tunggal yang memastikan negara merekodkan kemenangan 1-0 ketika menentang Turkmenistan.

Dia kemudiannya membantu menyumbang satu gol dalam perlawanan kedua yang menyaksikan Harimau Malaya menewaskan Hong Kong 2-0.

ISKANDAR PUTERI, 23 Mac -- Pemain Harimau Malaya Muhammad Akhyar Abdul Rashid (belakang, kanan) melakukan sepakan gol dan menewaskan Penjaga Gawang Turkmenistan Charyyev Rasul (depan, kanan) pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, antara Harimau Malaya menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. -- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Akhyar (belakang, kanan) ketika menjaringkan gol semasa semasa Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Harimau Malaya dan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim pada 23 Mac lalu.

Aksi positif ditonjolkan itu berjaya ditampilkan meskipun dirinya ketika ini masih belum mendapat kepercayaan untuk membarisi kesebelasan skuad utama Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Malaysia (M).

Untuk rekod, dalam sembilan aksi awal Liga Super, Akhyar hanya membuat lima penampilan bersama skuad Harimau Selatan sebagai sebagai pemain gantian.

Dalam pada itu, Akhyar sekali lagi menjadi perhatian selepas beliau membuat satu jaringan menakjubkan ketika sesi latihan bersama skuad Harimau Selatan.

Aksinya yang melakukan jaringan denggan gaya bicycle kick itu dikongsikan di Facebook Johor Souther Tigers pada Ahad.

"This bicycle kick!

Dalam pada itu, penyokong JDT turut tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka melihat kepada skil ditunjukkan pemenang trofi Pemain Muda Harapan – Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19) itu.

Malah ada turut menyamakannya dengan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang pernah mengejutkan peminat bola sepak dengan jaringan bicycle kick menakjubkan ketika mewakili Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada 2018.

"Itu macam CR7 (Ronaldo)...betul punya siuuuuuuuu...," tulis Andak.

"Mantap ubi Kedah, untung pelaburan JDT utk pasukan negara," ujar Wan Lau.

"Akhyar ni kalau main takraw pun bgus, gulung nampak ok," kata Amran Melan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram