[VIDEO] Netizen persoal geng motor tayang dapat 'habuan' lepas beraya Keluarga Madani


  • Politik
  • Ahad, 30 Apr 2023

Tangkap layar video tular pada Jumaat yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkumpul dipercayai menunggu giliran untuk mendapat wang tunai.

SETIAP kali tibanya musim Hari Raya, penganjuran rumah terbuka merupakan antara majlis yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat.

Selain bertujuan untuk berkongsi rezeki, penganjuran rumah terbuka adalah bertujuan untuk menghidupkan kemeriahan Aidilfitri.

Bagi orang kebiasaan, acara tersebut dapat digunakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan juga kenalan.

Pada masa sama, penganjuran rumah terbuka juga sudah menjadi seperti satu kewajipan kewajipan buat pemimpin dan termasuk parti politik.

Ini kerana, pelaksanaan majlis tersebut menjadi platform buat mereka untuk mendekatkan diri dan beramah mesra bersama rakyat.

Pada masa sama, pengajuran rumah terbuka juga dilihat boleh digunakan pemimpin atau parti politik untuk memberikan gambaran terhadap populariti mereka.

Jumlah pengunjung hadir dikatakan menjadi petunjuk berkenaan tahap populariti seseorang pemimpin.

WhatsApp Image 2023-04-30 at 12.04.06 PM

Gambar tular yang menunjukkan beberapa individu berkongsikan jumlah wang tunai diperolehi. — Twitter

Dalam pada itu, tular satu video pada Jumaat menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal yang didakwa mendapat duit bagi menghadiri penganjuran majlis rumah terbuka anjuran kerajaan.

Ini kerana, klip berkenaan itu tular sehari sebelum penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani anjuran kerajaan yang dianjurkan di Alor Setar, Kedah.

Untuk rekod, Pakatan Harapan (PH) Kedah turut menganjurkan majlis Himpunan Madani pada Jumaat yang turut dihadiri oleh pemimpin utama gabungan tersebut.

Menerusi klip berdurasi 30 saat itu, sekumpulan penunggang motosikal yang berpakaian t-shirt berwarna biru muda dilihat sedang berkumpul di satu kawasan.

Video berkenaan turut memaparkan seorang individu didapati sedang memberikan sesuatu dipercayai wang tunai kepada kumpulan tersebut.

Pada masa sama, tular juga beberapa keping gambar menunjukkan beberapa individu yang memakai t-shirt warna sama dengan logo tulisan 'Malaysia Madani' menunjukkan wang tunai diperolehi mereka.

Rata-rata warganet mempersoalkan mengenai kewajaran pihak terbabit memberikan duit kepada kumpulan berkenaan kerana ia dipercayai dilakukan berdasarkan motif politik.

"Krik krik krik..kembali ke zaman 80-an kita nampak gaya," tulis Shaharuddin Abdul Shatter.

"Kalau orang lain, dia dah kata rasuah," ujar Ali Azwari.

"Beza sedekah masa Hari Raya dengan Pilihan raya..." kata Marzuki Musim.

"Duit datang dari tauke mana sponsor bro?" soal Ismail Hj Ali.

"Alamak.. duit rakyat ka tu?" ujar @BroSenaman.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sila siasat mana dapat duit semuanya. Jangan pilih-pilih," tulis Razelan Bejo.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram