'Kalau ada VAR memang kena kad merah', insiden 'off the ball' Rizal-Faisal curi perhatian


  • Podium
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Klip tular memaparkan insiden 'off the ball' yang berlaku antara Rizal dan Faisal ketika perlawanan pada Khamis.

AKSI sengit antara dua pasukan di kelompok teratas liga iaitu Sabah FC dan Selangor FC pada Khamis sememangnya sesuatu yang dijangkakan.

Pada perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah itu, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Malah, kerancakan aksi berkenaan juga menyebabkan penonton seakan-akan tidak merasai waktu yang berlalu dengan perlawan berlanjutan sehingga melebihi 100 minit waktu permainan termasuk masa tambahan.

Kemenangan tipis 2-1 skuad The Rhinos membolehkan mereka melonjakkan kedudukan di tempat ketiga, hanya dua mata dibezakan dengan dengan Selangor belakang Selangor yang kini berada di tempat kedua dengan 22 mata.

Dalam pada itu, kehangatan perlawanan tersebut terus berlanjutan sehingga selepas tamat perlawanan apabila tular satu video memaparkan insiden 'off the ball' antara pemain tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim dan pertahanan Sabah FC.

faisal

Faisal (kanan) ketika beraksi pada Khamis. — Facebook/SelangorFC

Dalam klip video sedutan perlawanan tersebut, Rizal pada awalnya dilihat berjaya menghalang gelecekan cuba dilakukan Faisal.

Namun begitu, kedua-dua pemain kemudiannya bertembung sebelum sama-sama terjatuh.

Dalam situasi tersebut, Rizal dilihat menggunakan tapak butnya bagi menolak Faisal jauh daripada dirinya untuk membolehkannyanya berdiri dan dengan segera meneruskan aksi.

Melihat kepada insiden tersebut, ada antara penyokong berpendapat insiden yang berlaku adalah satu kebiasaan lebih-lebih lagi dalam permainan yang berintensiti tinggi.

Bagaimanapun, terdapat juga peminat bola sepak negara yang melahirkan pandangan berbeza dan menyatakan bahawa tindakaN dilakukan oleh Rizal itu adalah berbahaya dan boleh dikenakan hukuman berat.

"Kalau ada VAR (Video Bantuan Pengadil) ni, memang kena kad merah dah," ujar Faizal Rhole.

"Main kebangsaan satu pasukan tak profesional dan tak fair play langsung. Pemain Malaysia bila balik kelab berlebih-lebih," ujar RS Berkat AgroFarm.

"Ini mngkin boleh mendatangkan sesuatu buat Rizal Ghazali sekiranya SFC rujuk video ni ke FAM," tulis Shaiful Hasni Sobbri.

"Rakaman video ini sebagai bukti menunjukkan kekasaran terhadap mickey, harap FAM meneliti semula insiden tersebut. Pemain sepatutnya kena lebih berhati-hati," ujar Zunaidi Junaidi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Faisal Halim,