'Ibarat lawan JDT', skuad Sang Badak diminta rantai 3 bintang Selangor


  • Podium
  • Khamis, 27 Apr 2023

Satu pertembungan menarik pasti disajikan antara kedua-dua pasukan.

"RANTAI tiga bintang pemain Selangor jika Sabah mahu tiga mata".

Itulah luahan penyokong-penyokong Sabah FC yang mahukan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee kekal fokus demi mengutip tiga mata penuh di Stadium Likas, Sabah.

Skuad Gergasi Merah yang hadir ke gelanggang lawan dengan mencatatkan lima kemenangan pastinya memberikan petanda awal bahawa perlawanan menentang Sabah akan berlangsung sengit.

Sebelum ini, pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui bakal berdepan tugas sukar apabila menentang Sabah dalam aksi Liga Super di hadapan ribuan ppenyokong Sang Badak.

"Satu perlawanan yang sukar sebab kalau kita lihat pasukan Sabah berada dalam satu prestasi terbaik terutama apabila mereka bermain di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong mereka.

"Namun, kalau kita betul-betul bersedia, kita mampu mencipta keputusan positif untuk terus mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan liga," katanya.

Rekod Pertemuan

Rekod pertemuan Selangor dan Sabah. Facebook/Selangor FC

Untuk rekod, Sabah masih belum tewas di laman sendiri dalam saingan Liga Malaysia musim ini dengan kali terakhir tewas adalah pada aksi separuh akhir Piala Malaysia kepada Johor Darul Takzim (JDT) musim lalu.

Bagi mengekalkan rekod bersih di halaman sendiri, penyokong Sang Badak mahu pemain-pemain Sabah waspada dengan ancaman tiga bintang skuad Gergasi Merah.

"Selangor ini kena berhati-hati, ada Faisal Halim, mirip Arif Aiman. Susah nak kawal. Harap defender jangan buat kesilapan mudah," kata salah seorang penyokong.

"Mukhairi Ajmal rembatan jarak jauh dia sangat bahaya," jelas Rinto Sarabun.

"Ibarat lawan JDT, tidak boleh buat kesilapan mudah, Selangor mesti bermain pantas, kalau boleh kena cari gol awal untuk cari keyakinan," ujar Harith Adam.

"Penyerang utama import Selangor FC, biar Dominic Tan yang kawal," luah Joe Levi's Strauss. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram