Nama bekas pemain JDT diberi 'kata dua' jika ingin kekal bersama The Rhinos


  • Podium
  • Rabu, 19 Apr 2023

Kim Swee perlu membuat pilihan pemain yang tepat untuk mengekalkan persembahan yang berkualiti. — Facebook/Sabah FC

KEDUDUKAN pasukan Sabah FC dalam carta Liga Super 2023 dikatakan semakin merosot dengan corak permainan kurang konsisten yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee (DOKS) ketika ini.

Sebelum ini, pemain pertahanan tengah skuad Sang Badak, Dominic Tan disebut sebagai tonggak utama skuad Sang Badak apabila pengendali DOKS sering menurunkannya dalam lapan perlawanan saingan liga.

Namun begitu, selepas sahaja kalah dengan pasukan yang paling digeruni iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 0-4, pertahanan The Rhinos itu dikatakan menunjukkan prestasi semakin membimbangkan.

Selain itu, Dominic juga sering dibandingkan dengan rakan sepasukannya iaitu Rawilson Batuil yang dilihat semakin tenang dalam mengendalikan asakan-asakan yang pihak lawan berikan.

Bukan sahaja asakan, namun Rawilson yang juga bekas pemain JDT itu juga tenang dalam mengawal bola dan mengatur serangan dari bahagian bawah.

Dengan itu, pemain yang mesra dengan sapaan Dom itu perlu bersaing dengan Rawilson jika ingin mengukuhkan kedudukannya dalam kesebelasan utama. Persaingan itu juga ada baiknya agar kedua-dua pemain terus memberi persembahan yang baik.

Bagi seorang peminat setia Sabah FC, Hariantos Mario, Dominic perlu mengambil inisiatif untuk memperbaiki permainannya kerana mempunyai masih mempunyai kemahiran.

"Dominic senang kehilangan bola, senang di tekan pihak lawan, skil individu kurang apabila ditekan, dia hilang arah ke mana nak hantar bola. Kalau saya tengok Rawilson, dia macam steady sekarang, pandai kawal keadaan, " katanya.

WhatsApp Image 2023-04-18 at 22.27.58

Dominic perlu perbaiki prestasi untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai kesebelasan utama. — Facebook/ Sabah FC

Pendapatnya itu disokong oleh para penyokong Sabah memberikan pendapat tentang aksi persembahan yang ditunjukkan oleh pertahanan Sang Badak itu.

"Dominic ini kurang keyakinan, nampak dia lebih kepada jadi model peragaan di atas padang," kata Rjuna White Wings.

"Sebab itu dia ini diragui kalau main dengan team kebangsaan," tambah Mambang Tanah.

"Dom kerap long ball. Tanpa tujuan, penyerang Sabah, Darrren Lok akan cepat penat sebab tak ada sokongan. Hanya kejar bola yang kerap dibagi secara long ball terus. Tengah akan mati kalau tiada fungsi sebab semua zon bertahan tiba-tiba bola long ball dan merugikan Sabah," kata Yus Uuc.

Sabah FC kini berada di kedudukan kelima cara Liga Super 2023 dengan 14 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram