JIKA melihat kepada angka jaringan yang berjaya dilakukan oleh pasukan Kedah Darul Aman (KDA) dalam Liga Super musim ini, kebanyakkannya boleh dikatakan cukup sekadar menang tipis.
Hanya pada awal perlawanan ketika menentang Perak FC pada Februari lalu di Stadium Perak. Ketika itu KDA berjaya membuat empat jaringan berbalas satu oleh skuad The Bos Gaurus.
Namun perlawanan berikutnya KDA hanya mampu menjaringkan sekitar satu atau dua jaringan, sehinggalah kalah terduduk dengan Johor Darul Takzim (JDT) 6-0.
Biarpun berada pada kedudukan keempat dengan 16 mata, penyokong masih melihat KDA lemah perlu melakukan beberapa perubahan sekiranya ingin berada di kedudukan teratas.
Penyokong mengharapkan KDA dapat membuat penampilan lebih baik setelah tewas 6-0 dengan JDT.
Pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal perlu dibuat teliti lebih-lebih lagi apabila akan bertemu dengan Kuala Lumpur City FC pada 18 April depan.
Kata salah seorang penyokong, Alaauddin Zainuddin di Facebook Penyokong Kedah Darul Aman FC, pemain Sang Kenari perlu khatam dan ‘hadam’ dengan baik buku PULUN.
“Mempunyai 198 muka surat. Siapa penulisnya? Jangan tidak tahu pula, (sengaja saya tidak tunjuk nama penulisnya. Cari sendiri. Takkan semua nak disuap. Tok sah (Jangan) manja sangat,” katanya.
Ekoran itu, pelbagai pendapat mula disuarakan oleh penyokong lain yang turut bersetuju dengan kenyataan Alaauddin Zainuddin itu.
“Kena bagi pemain baca buku ini. Untuk motivasi. Pulun Kedah pulun,” kata Mohd Yusrizal Mohamed Yusof
“Elok juga baca supaya tau (tahu) macam mana nak menang,” kata whattosay.
“Ya betul. Khatam Quran dulu baru khatam buku ini,” kata Mohamad Rosli Awang Yaacob.
Dalam pada itu, terdapat juga yang mengatakan KDA memiliki sikap yang ‘manja’ dan pentingkan diri sendiri.
Buku PULUN yang dituliskan oleh Tan Seri Mohd Daud Bakar
“Kedah kan kena suap. Tetapi tamak pula. Kalau boleh nak makan seorang,” kata Rozani Abuseman.
Meskipun begitu, pengguna media sosial terbabit tidak menjelaskan secara terperinci mengenai apa yang dimaksudnya.
Sementara itu penulis buku PULUN merupakan Pemilik KDA, Tan Sri Mohd Daud Bakar yang merupakan pemilik saham terbesar Darulaman Football Club Sdn Bhd.
Mohd Daud juga merupakan usahawan dalam pelbagai bidang termasuk Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram