Pernah disisih, tapi kini Jordan Mintah dilabel hero TFC


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Mintah berjaya menjaring dua gol dan menewaskan Kuching pada perlawanan Liga Super. — Facebook TFC

PENYERANG import, Jordan Mintah berjaya membantu Terengganu FC (TFC) meraih kemenangan 2-0 sekali gus menewaskan Kuching FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kelebihan beraksi di tempat sendiri nyata membantu skuad Penyu untuk mengutip tiga mata dan meletakkan TFC nyaris masuk ke dalam senarai lima pasukan teratas.

Meskipun berada pada kedudukan keenam, namun perbezaan satu mata dengan Sabah FC sudah cukup untuk menuai harapan penyokong.

Perlawanan dengan Kuching FC mempamerkan aksi Jordan Mintah yang berjaya menjaring dua gol pada minit ke 22 dan 52.

1596129

Prestasi cemerlang Mintah selaku penyerang berjaya menjaring dua gol ketika pertembungan dengan Kuching.

Kejayaan Mintah itu membuatkan penyokong kembali yakin dengan kebolehan pemain berusia 27 tahun itu apatah lagi sebelum ini prestasinya kurang cemerlang.

Waktu itu penyokong agak terkejut apabila TFC masih mengekalkan Mintah dalam pasukan lantas kekalkan posisinya sebagai penyerang.

Berdasarkan komen Facebook Analisis Bola Tranung, rata-rata penyokong meluahkan rasa bangga dan kagum.

“Bagus juga dia ada, kalau tidak tak tahu macam mana,” kata John Din.

“Akhirnya nampak fungsi, kalau tidak asyik macam tu juga. Lepas ini pastikan tunjuk power lagi,” kata Malek Anuar.

"Harap boleh kekal dengan prestasi macam ini. Jangan dengan Kuching saja, team lain pun kena kasi power," kata Ala Ala.

“Nanti pastikan lepas ini lawan dengan Selangor tunjuk taring juga,” kata Wafiy Airis.

Untuk rekod berdasarkan transfermarkt, Mintah membuat lima penampilan dan berjaya menjaringkan empat gol selain memiliki 86 minit permainan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram