Fans Harimau Selatan berikrar jadikan The Cops 'lauk raya' buat kali kedua di pentas berbeza


  • Podium
  • Rabu, 19 Apr 2023

Aksi perlawanan antara JDT dengan PDRM FC dalam Piala FA pada Jumaat lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. — Facebook/JOHOR Southern Tigers.

PERTEMBUNGAN antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor dalam Liga Super 2023 pada Rabu disifatkan sebagai peluang kedua buat skuad The Cops membalas dendam.

Mana tidaknya, kedua-dua pasukan tersebut baru sahaja dipertemukan dalam pusingan kalah mati Piala FA pada Jumaat lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Namun, malang buat skuad The Cops apabila mereka dibaham sang Harimau Selatan 0-3 dalam laman pihak lawan hasil tadukan tombak JDT, Bergson Da Silva ke gawang Sang Saka Biru seawal minit ketiga permainan.

Benteng pasukan PDRM terus dirobek JDT menerusi sepakan penalti oleh pemain kelahiran Brazil itu pada minit ke-12, dan akhirnya pemain penyerang tengah, Leandro Velazquez menjaringkan gol ketiga pada minit ke-27.

Dengan keyakinan terhadap pengendali JDT, Esteban Solari bagi mengatur strategi merobek benteng pertahanan PDRM FC, tidak hariranlah peminat skuad Harimau Selatan itu yakin pasukan kegemaran mereka mampu menumbangkan lawan mereka sekali lagi kali ini dalam aksi Liga Super pula pada Rabu.

341175439_183735777822643_3802845429474916575_n

Pemain JDT berkumpul sebelum memulakan perlawanan menentang PDRM FC dalam Piala FA pada Jumaat lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. — Facebook/JOHOR Southern Tigers.

"Jika PDRM masih mengekalkan teknik yang sama ketika aksi Piala FA, pasti akan mengundang padah buat seluruh spasukan PDRM.

"Ini kerana JDT dilihat pastinya menurunkan kesebelasan (pemain) utamanya dalam misi memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar untuk bekalan bagi menampung dan mengukuhkan lagi takhta Liga Super di tangga teratas setakat ini.

"Sudah pasti jurulatih Solari mempunyai percaturannya sendiri dalam menentukan pemain-pemain yang akan diturunkan nanti, manakala PDRM jelas dilihat mempunyai kelebihan di laman sendiri, namun tidak boleh dimanfaatkan kerana kemenangan sudah pastinya di tangan JDT, tapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jumlah jaringan golnya sama seperti tempoh hari," jelas Hrv Miky panjang lebar.

Selain itu, ada peminat yang turut meramalkan JDT bakal menang besar bertemu PDRM FC yang dianggap hanyalah kelab kecil dalam liga tersebut.

Lebih mengharukan, PDRM FC dikatakan boleh tewas lagi jika penjaga golnya gagal memainkan peranan seperti mana ketika perlawanan dalam Piala FA pada Jumaat lalu.

"Mula-mula aku tak kisah berapa gol. Tapi lepas tengok keeper asyik baring saja, bedal la kaw-kaw," kata Cyrul Ariff.

Pertembungan PDRM dengan kelab bola sepak gergasi seperti JDT pastinya menggerunkan, namun strategi harus diatur sebaiknya supaya tidak dibaham lagi oleh Harimau Selatan buat kali kedua berturut-turut meskipun di pentas berbeza. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram