Bakar suar nampak hebat dalam gambar — Stuart


  • Podium
  • Selasa, 18 Apr 2023

Keadaan di Stadium Sultan Ibrahim ketika penyokong JDT membakar suar selepas pasukan itu menang 2-1ke atas Terengganu FC. — Facebook/Coca Bola

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam melihat tindakan pembakaran suar di stadium mungkin menghasilkan suasana dan gambaran yang hebat.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya rasa dari gambar ia kelihatan hebat dan memukau, tetapi ini bukan soal gambar ini adalah soal tatatertib, biar pihak berkuasa yang bertindak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih bersama Aeon Big x MFL di Aeon Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Selasa.

341470080_939872970393360_896754618882769305_n

Penyokong JDT membakar suar ketika pasukan tersebut menang 6-0 ke atas Kedah Darul Aman FC. — Facebook / Brotherhood Johor

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai imej saingan Liga Super selepas terdapat beberapa insiden membakar suar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor musim ini.

Sebelum ini, sebanyak tiga kali sekumpulan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) membakar suar selepas perlawanan sekali gus melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tataterbit FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Tindakan membakar suar itu dilakukan ketika Harimau Selatan menang dua perlawanan Liga Super masing-masing ke atas Sabah FC pada 31 Mac dan Kedah Darul Aman (KDA) FC (9 April) dan aksi Piala FA berdepan PDRM FC 14 April lepas.

Mengulas lanjut, Stuart berkata, undang-undang ataupun larangan melibatkan suar adalah untuk memastikan keselamatan di stadium, selain mengulangi pendiriannya untuk tidak menyentuh dari aspek hukuman memandangkan ia di bawah bidang kuasa FAM. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram