Afro nadi benteng Selangor, tapi masih ada satu kekurangan ketara


  • Podium
  • Rabu, 12 Apr 2023

Bahagian pertahanan Selangor dikatakan lemah dan masih dianggap gagal oleh penyokong. — Facebook Selangor Fanatik Official

PENAMPILAN cemerlang Selangor FC yang berjaya menundukkan tiga pasukan lain selepas tewas teruk dengan Johor Darul Takzim (JDT) 4-0, nyata memberi harapan baharu kepada penyokong.

Selangor yang kini bergaya menduduki kedudukan kedua di bawah JDT dengan perbezaan lima poin mampu tersenyum lebar apabila Selangor memperoleh 19 mata, manakala JDT mengungguli dengan 24 mata.

Bagaimanapun terdapat teguran disuarakan penyokong yang melihat perkara itu sebagai satu kelemahan Selangor terutama membentuk kedudukan pemain atas padang agar lebih efisyen dan 'berfungsi'

330303696_929037318236069_6205879316755584437_n

Selangor diharapkan mengubah corak permainan pertahanan yang dikatakan lemah dan tidak sistematik. Facebook Selangor Fanatik Official

Menerusi Facebook Selangor Fanatik Official, barisan pertahanan disifatkan sebagai sebuah organisasi manakala serangan merupakan kreativiti sesebuah pasukan.

Katanya, Sharul Nazeem atau panggilan mesranya Afro dan Yazan Al-Arab yang dipanggil Arab membentuk duo yang bagus, namun taktik yang digunakan kurang 'menyengat' dan secara tidak langsung merencatkan mutu permainan.

"Kadangkala bahagian pertahanan kelihatan lompong. Corak pertahanan yang berbeza antara Afro dan Arab termasuk larian tidak pantas," katanya.

Kelemahan itu jelas ketara saat menentang Kelantan FC di Stadium Petaling Jaya (MBPJ) apabila skuad The Red Warriors (TRW) beberapa kali berjaya membuat serangan daripada bahagian sisi dan tendangan penjuru. Biarpun menang 3-0, namun 'pelan' pertahanan Selangor tetap dianggap tidak kukuh.

Dalam pada itu, ada yang mengharapkan agar pemain tengah Noor Al-Rawabdeh dapat diberikan peluang untuk mencuba posisi baharu selain pertahanan.

335195256_1264686220819043_5962706992929847379_n

Penyokong mengharapkan Cheng Hoe perlu mengambil tindakan untuk melakukan perubahan terhadap bahagian pertahanan. Facebook Selangor Fanatik Official

"TCH (Tan Cheng Hoe) jadikan Noor player versatile. Boleh pergi ke pelbagai posisi. Tetapi bab pertahanan memang musim ini dari musim lepas Selangor failed. Lapan game bolos enam gol pun sudah dapat rasa 'hempeh' defend dan centre back," kata Karipap Kentang.

"Noor macam sudah tidak minat tengok cara dia main," kata Md Jeffty Norizal.

"Afro suka marking. Lepas itu turn. Bab turn yang selalu bolos," kata Ala Ala.

"Sebenarnya player Selangor kadang-kadang tidak seimbang antara kreativiti dan simple football. Ada masa hendak fancy, tetapi kemudian hilang bola," kata Adam Yahya.

Secara ringkasnya, penyokong mengharapkan Cheng Hoe akan melakukan rombakan pada bahagian pertahanan agar dapat mewujudkan benteng kukuh.

Selepas ini, skuad Gergasi Merah akan bertemu dengan Terengganu FC pada 18 April depan di Stadium MBPJ. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram