'Nak raya terus boleh tak?', fans The Cops kecut perut jumpa JDT, mula berteka-teki berapa gol bolos


  • Podium
  • Selasa, 11 Apr 2023

Penyokong mula berteka-teki jumlah jaringan gol yang bakal diledak JDT ketika bertemu PDRM pada 19 April depan. — Facebook/PDRM Football Club

KEHEBATAN aksi skuad Harimau Selatan yang membenam Kedah Darul Aman (KDA) FC 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad sudah cukup membuatkan pasukan itu kekal selesa berada di persada Liga Super musim ini.

Selain KDA, beberapa pasukan lain turut menjadi 'lauk' Johor Darul Takzim (JDT) antaranya Negeri Sembilan (7-0), Kelantan FC (5-1), Sabah FC (4-0) dan Perak FC (5-0).

Ia jelas membuktikan, anak didik Esteban Solari menampilkan prestasi cemerlang sepanjang lapan perlawanan tanpa tewas setakat ini.

339690233_2072220343108925_4413094370139278125_n

Penyokong mengharapkan PDRM tidak kalah teruk menentang JDT nanti di Stadium Petaling Jaya. Facebook PDRM Football Club.

Prestasi semasa kelab elit itu membuatkan penyokong saling berteka-teki menghitung nasib yang bakal diterima oleh PDRM FC yang dijadualkan bertemu JDT pada 19 April depan.

Malah ada yang meminta agar pengumuman raya dilakukan lebih cepat berbanding agar mereka tidak perlu bertembung dengan JDT.

"Nak raya terus boleh tak?" seloroh admin Twitter PDRM.

Hal itu sekali gus menuai komen 'nakal' daripada penyokong yang mengatakan pemain mungkin memohon cuti sehingga lepas raya dan sekatan jalan raya.

"Agaknya 2 sudah, 5 sudah, 4 sudah, 6 sudah, ini kali bagi 7 pula," kata Man Tersohor tentang jumlah jaringan gol yang pernah dilakukan JDT sebelum ini.

Dalam pada, ada yang berharap PDRM berkemungkinan tewas tipis dengan JDT.

"Nanti malam tu nak bufet atau ala carte. Kita 0 atau 1," kata whatstosay.

340084111_907716487151396_3501465792084494955_n

Penyokong menganggarkan PDRM berkemungkinan kalah 0-7 dengan JDT. Facebook PDRM Football Club.

"Buat ops raya dekat area padang. Biar Arif Aiman dan kawan-kawan tidak lepas tinted (cermin kereta gelap). Tahan lama sikit sampai habis game," kata SSha_Q.

"Insya-ALLAH game seri 1-1," kata mantoi.

"Ala, buat-buat main game police entry. Mesti diorang (mereka) takut nanti," ujar Kata_kunci.

"Paling tidak 1-0 je, kalau banyak sikit, JDT menang 2-1," kata Abu Mokhtar.

Kedua-dua pasukan terbabit akan bertemu di Stadium Petaling Jaya, Selangor pukul 10 malam.

Sebelum ini PDRM tewas 0-4 dengan Sabah, Terengganu (0-1), Sri Pahang FC (1-2) dan Penang FC (2-4) selain mencatat tiga kemenangan menerusi lapan perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram