KEKALAHAN di tangan Selangor FC dengan keputusan 0-4 memadamkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC di dalam Liga Super.
Meskipun kekalahan itu tidak memberi sebarang kesan kepada rekod liga namun terbukti prestasi Pahang di awal musim ini hanya bernasib baik.
Ia dibuktikan dengan kekalahan terbesar skuad kendalian Fandi Ahmad di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu selepas bolos empat gol.
Perlawanan di antara Selangor dan Pahang sangat menarik apabila gol-gol yang dijaringkan kesemuanya dari pemain tempatan iaitu Mukhairi Ajmal, Brendan Gan dan Faisal Halim.
Statistik perlawanan Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC
Pada Sabtu, pihak pengurusan Sri Pahang memuat naik statistik perlawanan ketika menentang skuad Gergasi Merah sehingga menarik perhatian penyokong Tok Gajah.
Menurut penyokong Sri Pahang, mendakwa statistik yang dimuat naik itu jelas menunjukkan skuad Tok Gajah masih lagi lemah dari segi serangan dan penguasaan bola.
"Kalau Selangor turunkan skuad Piala MFL pun aku rasa menang Selangor semalam (Sabtu).
"Kau tengok statistik ini, punya seronok Selangor main bola," kata @TwtBolaPahang.
"Teruknya statistik, ingat jurulatih nak tengok ke? Selagi boleh menang nasib selagi itu harap taktikal kelam kabut," ujar Saiful Wong.
"Buat statistik sekadar buat atau baca untuk perubahan, jangan buat statistik untuk penyokong sedangkan pengurusan dan pemain tak ambil peduli pun," jelas Rshah Hashim.
"Penguasaan bola tak ada?" soal Izzat Mahfuze.
Izham Tarmizi (kanan) gagal menyelamatkan bola yang dijaringkan Faisal Halim (tengah). — Facebook/Sri Pahang FC
Selepas ini Pahang akan berjumpa Kuching City FC bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Negeri, Sarawak pada Selasa.
Kini skuad Tok Gajah menduduki tangga ketiga Liga Super dengan 16 mata selepas menang empat perlawanan dan empat seri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram