'Old but gold', ketahui 5 permainan video Game Boy yang masih dapat sambutan hangat sehingga kini


  • eSports
  • Sabtu, 15 Apr 2023

Permainan video Nintendo Game Boy pastinya menggamit nostalgia gamers berusia. — Damien McFerran/Nintendo Life

NINTENDO Game Boy sememangnya salah satu konsol yang paling ikonik dalam sejarah dunia permainan video.

Selama 14 tahun, ia telah menjual hampir 120 juta unit sekali gus menjadikannya salah satu konsol terlaris sepanjang masa.

Boleh dikatakan Nintendo Game Boy adalah pelopor kepada 'handheld gaming' dan berjaya mendominasi pasaran selama lebih dari dua dekad.

Walaupun menghadapi persaingan dari syarikat Sega dan Atari, tiada satu pun yang dilaporkan dapat mengalahkan konsol ini.

Walaupun Game Boy tidak mendapat sambutan seperti dulu lagi, tetapi video permainannya masih lagi berjaya menarik perhatian gamers.

Berikut Majoriti senaraikan lima permainan Game Boy yang masih relevan sehingga kini:

Pokemon

Pokémon Ruby, Sapphire, dan Emerald yang menjadi titik tolak populariti permainan ini. Agensi

1. Pokémon Ruby, Sapphire, dan Emerald

Nintendo mempunyai video permainan kebanggaan sendiri terhadap siri Pokémon yang menjadi magnet kepada konsol ini.

Lebih-lebih lagi, permainan ini merupakan siri permainan yang sentiasa keluar untuk setiap penampilan Game Boy dan masih lagi terlaris di pasaran.

Generasi ketiga iaitu Game Boy Advance telah menimbulkan kemunculan permainan Pokémon Ruby, Sapphire, dan Emerald yang menjadi titik tolak populariti permainan ini dan masih merupakan siri yang terus berkembang sehingga kini.

Sonic the Hedgehog ini masih lagi mempunyai peminat kerana keaslian permainan itu tersendiri. Agensi

2. Sonic the Hedgehog

Permainan Sonic the Hedgehog Sega ialah salah satu permainan platformer terbaik generasi ini.

Sehingga kini, siri Sonic masih popular di mana-mana, tetapi siri Sonic di Game Boy Advance mempunyai trilogi permainan Sonic Advance yang kembali kepada cerita asal siri ini dan sangat dekat dengan konsep permainan klasik yang orang ramai suka.

Jadi, jangan terkejut jika permainan Sonic the Hedgehog ini masih lagi mempunyai peminat kerana keaslian permainan itu tersendiri.

The Sacred Stones adalah yang paling mendapat rating tertinggi. Agensi

3. Fire Emblem: The Sacred Stones

Terdapat tiga permainan yang membentuk siri Fire Emblem untuk Game Boy dan sudah tentu tiada satu pun yang mengecewakan.

Tetapi The Sacred Stones adalah yang paling mendapat rating tertinggi daripada tiga siri permainan ini.

Hasil daripada siri permainan ini sangat berjaya dari apa yang ditawarkan oleh dua siri Fire Emblem sebelum kehadiran The Sacred Stones.

Permainan ini juga merupakan permainan RPG taktikal yang berjaya menembusi pasaran Jepun dan tentunya menjadi salah satu permainan kebanggaan di Game Boy.

Mario Kart: Super Circuit ialah permainan konsol pertama dalam siri Mario Kart. Agensi

4. Mario Kart: Super Circuit

Permainan perlumbaan dalam Game Boy adalah kekuatan konsol Nintendo yang paling berjaya berhijrah ke pasaran mudah alih.

Mario Kart: Super Circuit ialah permainan konsol pertama dalam siri Mario Kart dan masih sambutan orang ramai sehingga kini.

Ia juga sangat menyeronokkan untuk dimainkan.

Super Circuit menawarkan banyak ciri yang boleh ditawarkan oleh Game Boy, daripada menyelesaikan cabaran hingga membenarkan empat pemain berlumba melalui kabel pautan permainan.

The Minish Cap terinspirasi dari Four Swords Adventures. Agensi

5. The Legend Of Zelda: The Minish Cap

The Legend Of Zelda membuktikan sebagai salah satu francais Nintendo yang paling konsisten dan dapat mengekalkan kewujudannya.

The Minish Cap terinspirasi dari Four Swords Adventures dan bersandar kepada konsep yang cukup menghiburkan dan memerlukan skill yang baik untuk menguasainya.

Mungkin siri ini sering dilupakan, tetapi anda tidak boleh menipu bahawa permainan ini adalah titik yang mana permainan siri Zelda boleh berkembang sehingga kini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram