Pai Nangka kini tarikan utama Marrybrown


  • Bizz
  • Jumaat, 14 Apr 2023

Marrybrown menyediakan menu Riang Ramadan Raya untuk dinikmati bersama keluarga.

RANGKAIAN restoran makanan segera halal tempatan, Marrybrown memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya dengan menampilkan masakan rendang yang disediakan secara eksklusif sepanjang bulan Ramadan dan 1 Syawal di semua cawangannya mulai 13 April sehingga stok masih ada.

Menurut Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew, menu terkini itu ditawarkan sesuai dengan sambutan Aidilfitri dan memahami gaya hidup warga tempatan yang gemar berkumpul sambil menikmati makanan yang sedap bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Rendang mempunyai keunikan rasa yang lazat dan disukai ramai dan kami berharap dapat memberikan suasana kampung kepada para pelanggan melalui menu yang disediakan," katanya.

WhatsApp Image 2023-04-14 at 12.07.26

Md Taib selaku wakil daripada Marrybrown memberikan ucapan.

Pemilihan rendang sebagai salah satu menu Riang Ramadan Raya itu untuk memberikan 'tarikan tersendiri' kepada pelanggan.

Antara menu utama lain yang diperkenalkan ialah Double Rendang Ayam Burger dan Pai Nangka di samping membawa kembali menu kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB yang pasti membuat pelanggan berpuas hati dengan hidangan tersebut.

"Buah Nangka sangat sesuai kerana ia mempunyai citarasa tempatan dan mudah diterima semua bangsa.

"Biasanya setiap tahun kami akan membuat promosi selama 45 hari jika ada produk yang kami keluarkan kerana mengambil kira sambutan dari pelanggan dan tidak mustahil Pai Nangka akan berada dalam menu Marrybrown," kata Md.Taib Abd Samad sebagai Pengurus Besar Marrybrown .

Image 4

Menu Riang Ramadan Raya yang disediakan oleh Marrybrown.

Pelanggan boleh menikmati Double Rendang Ayam Burger yang tersedia dengan dua keping patti ayam disalut dengan kuah Rendang dengan rempah ratus, Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana dan minuman Fanta Strawberry dengan harga bermula RM17.90.

Namun begitu, bagi mereka yang gemar makanan ala tradisional, anda boleh memilih Nasi Rendang Ayam Combo dan minuman Fanta Strawberry bermula harga RM15.90.

Pelanggan juga boleh memilih set Riang Rendang Meal yang mana lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips dan minuman Fanta Strawberry bermula harga RM29.90.

Tidak lupa juga, anda boleh menikmati kelazatan produk baharu dari Marrybrown iaitu Pai Nangka dengan harga set RM3.50. Namun begitu, set keluarga turut disediakan iaitu Meriah Bucket MB 6 ketul ayam dengan harga bermula dari RM49.90 dan Meriah Bucket MB 9 ketul ayam harga bermula dari RM63.90 juga tersedia cheesy wedges, dua paket MB BBQ Chips dan satu botol 1.5 liter Fanta Strawberry.

Oleh itu, orang ramai boleh datang ke Marrybrown bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk merasai sendiri kelazatan menu yang disediakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram