Dua nama berpotensi ganti Lira, Lee Tuck menjelang aksi Kedah lawan skuad Warga Kota


  • Podium
  • Ahad, 16 Apr 2023

Penyokong mengharapkan KDA dapat membuat penampilan lebih baik setelah tewas 6-0 dengan JDT. — Facebook/KDAFC

PENYOKONG setia Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pastinya meletakkan harapan yang tinggi pada pasukan kesayangan mereka itu ketika menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada Selasa depan.

Ini adalah kerana pada perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Selasa depan itu merupakan penentu untuk skuad Sang Kenari meletakkan pasukan mereka dalam tiga tempat teratas carta Liga Super.

Pada ketika ini, skuad kendalian Nafuzi Zain berada di tangga keempat carta dengan mengumpul 16 mata sepanjang lapan permainan.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan penyokong berharap agar pihak pengurusan dan kejurulatihan skuad Hijau Kuning melakukan beberapa perubahan dalam barisan pemainnya.

Seorang penyokong, Rosshal Fitri berkata, perlawanan terakhir antara Kedah dan KL City FC pada 9 Mac tahun lepas menyaksikan Kedah menang dengan keputusan 3-2.

340641919_173263135601420_8224291151088235374_n

Penyokong masih berasakan penyerang import, Lee Tuck masih belum lagi menampilkan prestasinya yang sebenar. — Facebook/KDAFC

"Andai menang kali ini, Kedah bakal memintas Selangor FC dan Sri Pahang FC di kedudukan kedua. Kalau Selangor FC dengan Sri Pahang FC menang Kedah akan berada di tempat keempat.

"Kalau kalah Sabah FC dan Terengganu FC pula bakal memintas Kedah. Kalah 0-6 pada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) perlu dijadikan pengajaran

"Kedah perlu menang di stadium keramat Stadium Darul Aman," katanya.

Rosshal turut mencadangkan agar beberapa pemain diturunkan sebagai kesebelasan utama.

"Jonathan Balotelli digandingkan bersama Willian Lira. Lee Tuck pula tukar ganti dengan Fadzrul Daniel," katanya.

Pada ketika ini, penyokong masih berasakan penyerang naturalisasi, Lee Tuck masih belum lagi menampilkan prestasinya yang sebenar dan hanya menjaringkan satu gol sepanjang tujuh perlawanan.

Pada masa sama, Lee Tuck juga kerap melakukan kesilapan ketika berada di atas padang sekali gus memberikan kelebihan pada pihak lawan. Hal itu menimbulkan rasa kurang senang dalam penyokong Sang Kenari.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan penyokong mengharapkan agar tempat pemain naturalisasi itu digantikan dengan pemain lain menjelang aksi pertembungan skuad Warga Kota nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram