Fans dedah gaya 'gameplay' Harimau Kumbang, tuntut ketajaman Willian Lira


  • Podium
  • Rabu, 05 Apr 2023

Pada perlawanan Piala FA 2023,  KDA FC  tewas 3-4 kepada Penang FC melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam perlawanan yang cukup sengit di Stadium Darul Aman. — Facebook/KDAFC

PERTEMUAN antara dua pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang FC pada Rabu sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh penyokong bola sepak tanah air.

Manakan tidak, aksi derbi utara membabitkan skuad Sang Kenari dan skuad Harimau kumbang yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah adalah medan buat pemain kedua-dua kelab itu untuk membuktikan kelab diwakili adalah yang terbaik di rantau terbabit.

Pada masa sama, pertembungan klasik di antara dua musuh tradisi itu boleh dikatakan perlawanan untuk menebus kembali kekalahan skuad kendalian Nafuzi Zain pada perlawanan Piala FA 2023 pada awal Mac lalu.

Pada perlawanan tersebut, KDA FC tewas 3-4 kepada Penang FC melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam perlawanan yang cukup sengit di venue sama.

Sehubungan itu, seorang penyokong fanatik skuad Hijau Kuning, Bvrd Ortega menerusi laman Facebook Analisis Tangga Ayam mengharapkan agar pasukan kesayangan mereka itu memberikan persembahan terbaik dan tidak mengulangi kesilapan dilalui apabila berdepan Penang FC tempoh hari.

— Facebook/KDAFC

Peminat berharap Willian Lira mampu membuktikan kehebatannya menentang Penang FC pada malam Rabu. — Facebook/KDAFC

"Sekali lagi kita bakal berdepan pasukan Penang FC di Darulaman tapi kali ini dalam edisi Liga Super. Hari itu (Piala FA 2023) kita tewas dalam penentuan sepakan penalti tetapi keseluruhan permainan nyata dominasi milik Kedah.

"Kebiasaannya kalau berdepan dengan pasukan yang macam ni, mereka akan turun dengan strategi ultra defensive. Mereka akan bertahan di blok rendah dan bergantung sepenuhnya kepada counter attack dalam menghasilkan jaringan.

"Benda tu depa (Penang FC) buat masa Piala FA 2023 dan hampir saja memenangi perlawanan dalam minit ke 90 tetapi Manuel Ott dapat menyamakan kedudukan di minit-minit akhir," tulisnya.

Tambah Bvrd Ortega, pada perlawanan Piala FA 2023 itu juga, pemain Kedah dilihat kerap melakukan kesilapan sehingga membawa kepada penyingkiran pasukan tersebut.

Katanya, dalam pertembungan Piala FA itu, boleh dikatakan dua gol Penang terhasil daripada kesilapan pertahanan pasukan Kedah sendiri.

— Facebook/KDAFC

Pada pertembungan Piala FA 2023, penyokong berasakan dua gol Penang terhasil daripada kesilapan pemain pasukan Kedah sendiri. — Facebook/KDAFC

"Tapi masa itu, boleh dikatakan pemain-pemain masih lagi beradaptasi dengan taktikal Nafuzi Zain. Walaupun begitu mereka bermain dengan baik cuma seperti apa yang dikatakan oleh pengendali pasukan Penang sendiri selepas perlawanan, mereka sememangnya turun untuk bertahan.

"Malam ini (Rabu) situasi berbeza kerana Kedah bagi aku para pemain dah banyak improve dari aspek tactical awareness cumanya penyudah kita masih tumpul.

"Aku harap kalau penyerang KDA FC, Willian Lira masih lagi diletakkan sebagai penyerang utama, mahu tak mahu malam ini dia perlu buktikan sesuatu kepada penyokong.

"Apa pun ini derbi utara dan aku agak yang perlawanan ini akan panas," katanya.

Untuk rekod, KDA FC berada di tangga ketiga carta Liga Super dan masih terikat dengan Sabah FC dengan mengumpul 13 mata sepanjang enam perlawanan.

Manakala bagi Penang FC pula, kemenangan sulung yang dicatatkan ketika berdepan Perak FC, Jumaat lalu meletakkan mereka di tangga kesembilan Liga Super dengan lima mata berjaya dikumpul selepas enam perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram