'Lama betul tak main', gambar profil tanker The Rhinos dapat perhatian fans Sabah


  • Podium
  • Khamis, 13 Apr 2023

Rawilson (kanan) ketika menyarung jersi Harimau Malaya dalam perlawanan menentang Kemboja. — Agensi

EMPAT penampilan dalam lapan perlawanan jelas menunjukkan kapten pasukan Sabah FC, Rawilson Batuil gagal memikat hati ketua jurulatih Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee untuk kerap memilihnya ke dalam kesebelasan utama musim ini.

Berbeza dengan musim lepas, Rawilson berjaya melakukan tujuh penampilan dalam lapan perlawanan Liga Super musim 2022.

Selepas kehadiran Irfan Zakaria dari Kuala Lumpur City FC (KL City) musim ini ternyata Kim Swee lebih cenderung memilih bekas anak didiknya ketika membimbing Harimau Muda sebagai pilihan utama untuk bergandingan dengan Dominic Tan dan Gabriel Peres.

Sepanjang mewakili Sabah FC, Rawilson berjaya melakukan 59 penampilan sejak 2020 dalam semua kejohanan domestik.

Rawilson Batuil Doa

Gambar profil Facebook Rawilson seolah-olah sedang berdoa di bangku simpanan. Facebook

Namun baru-baru ini pemain berusia 28 tahun itu dilihat menukar gambar profilnya di Facebook seolah-olah sedang berdoa di bangku simpanan.

Ternyata gambar yang dimuat naik oleh kapten Sabah itu jelas mendapat perhatian penyokong-penyokong Sang Badak yang rindu akan kelibatnya di atas padang.

"Berdoa sudah, berusaha sudah, selebihnya serahkan pada dia," kata Bro Ben.

"Saya suka tengok Rawilson main, teruskan usaha jangan peduli orang cakap apa, main untuk Sabah FC," ujar Jamal Manaf.

"Lama betul Rawilson tak main," jelas Thomas Lawandai.

"Bukan semestinya kita berdoa untuk menang tetapi berdoa agar dalam apa juga perkerjaan kita dilindungi dalam keadaan baik-baik saja," luah Bobby Obby.

Rawilson turun beraksi menentang JDT yang menyaksikan pasukannya tewas dengan keputusan 0-4 di Stadium Sultan Ibrahim. Facebook/JDT

Pasukan dari Borneo itu kini menduduki tangga kelima liga selepas tewas dua perlawanan dan seri satu ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT), KL City FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) baru-baru ini.

Selepas ini Sabah akan melayani kunjungan Kelantan United dalam Piala FA di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu bagi merebut slot ke suku akhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram