'Sikap tamak rugikan pasukan', penyokong JDT mahu bintang import, Arif Aiman selesaikan masalah penalti


  • Podium
  • Rabu, 12 Apr 2023

Pemain-pemain JDT meraikan jaringan ketika menentang KDA FC. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) kini ternyata pasukan yang susah dicabar mana-mana pasukan selepas berjaya menundukkan kelab gergasi seperti Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC, dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan jaringan besar.

JDT yang kini mendominasi Liga Super dengan lapan perlawanan tanpa sebarang kekalahan dan hanya bolos sekali berjaya mengutip 24 mata.

Arif Aiman, Bergson da Silva dan Fernando Foresteri kini menjadi pemain yang mengetuai serangan JDT yang berjaya menjaringkan 36 gol menjadi antara pasukan terbanyak menembusi gawang lawan.

Walaupun mereka menjadi nadi utama dan kegemaran penyokong Harimau Selatan namun terdapat satu insiden yang membuatkan penyokong tidak gemar dengan kejadian itu.

Insiden tersebut berlaku dalam perlawanan di antara JDT dan KDA FC yang menyaksikan tiga bintang Harimau Selatan itu berebut untuk mengambil sepakan penalti.

340864801_946954400056870_7801189055431131889_n

Bergson menjaringkan gol menerusi penalti ketika berdepan KDA FC. — Facebook/JDT

Ternyata pergaduhan manja itu mendapat perhatian penyokong JDT yang mahukan barisan jurulatih membuat sesuatu demi keharmonian pasukan.

"Perebutan dan ketamakan di antara Foresteri dengan Bergson merugikan satu jaringan penalti, jurulatih perlu pandang serius dengan hal ini.

"Budaya tamak ini akan merugikan pasukan di dalam perlawanan," kata Jeffery Abdillah.

"Nampak mcm isu kecil tapi lebih baik selesaikan, tetapkan satu syarat, misalnya siapa yang dapatkan penalti dia yang ambil, tak pun, beri peluang siapa yang belum buat gol dalam perlawanan itu," ujar Rileks Ajerr.

"Serahkan kepada pengurusan JDT, mereka ada formula untuk kes ini," jelas Kenari Terbang.

"Permain JDT kalau dapat penalti berebut, malu dekat penonton tengok, lepas itu gol dibatalkan, satu kerugian besar," luah Othman Mokhtar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram