KETERUJAAN Kelantan FC menghadapi Liga Malaysia musim ini jelas terpancar apabila skuad The Red Warior (TRW) sanggup berbelanja lebih untuk membawa masuk sembilan pemain import menyertai mereka bagi menghadapi kejohanan tersebut.
Pemilik kelab berkenaan, Norizam Turkiman atau dikenali sebagai Zamsaham mendedahkan perkara tersebut pada musim lalu.
Antara pemain yang diikat untuk menyertai skuad berkenaan ialah bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) dan skuad kebangsaan Filipina, Carli De Murga; penyerang dari Nigeria, Ismahil Akinade; Kim Ming Kyu dan dari Korea Selatan; pemain dari Indonesia, Natanael Siringoringo serta dan Nuha Marong Krubally (Gambia).
Bagaimanapun, peminat-peminat skuad TRW mempunyai sudut pandang berbeza tentang kemasukan pemain-pemain import berkenaan.
Seorang peminat tegar skuad TRW, Hazzim Sahari mencadangkan lima nama lain untuk menggantikan beberapa pemain import tersebut dalam pemindahan jendela kedua musim ini.
"Pendapat saya untuk pemindahan jendala kedua nanti. Bawa keluar pemain import, tapi patut tukar pemain ni.
"Nuha Marong tukar dengan Alfusainey Gassama. Penjaring terbanyak juga, boleh buat backup penyerang pair dengan Ismahil Akinade," katanya.
Pemain TRW ketika sesi latihan di Padang Ilsas, Kajang. — Facebook/TRW.
Selain itu, dia turut memetik nama Christian Mangaron Rontini untuk ditukarkan dengan Natanael, dan tukarkan pemain tengah TRW berdarah Argentina, Leonardo Gabriel Rolón dengan Natanael.
TIdak cukup dengan itu, Hazzim juga mencadangkan pemain Kang Eui-chan ditukarkan dengan pemain hadapan Kelantan FC, Kervens Belfort, manakala pemain import tengah, Christian Rontini ditukar dengan pemain kelahiran Brazil, Cássio Francisco de Jesus.
"Kim Ming-kyu boleh tukar dengan bekas pemain pertahanan Terengganu FC, Papé Abdoulaye Diakité.
"Lepas itu, tempatkan pemain star di bahagian kritikal iaitu kiri belakang dan tengah," cadangnya.
Siapa pun pemain-pemain import yang dibawa masuk nanti, para peminat TRW diminta untuk bersabar kerana ejen bola sepak, Sherif Ahmed Mostafa sendiri memberi jaminan bahawa mereka bukanlah import 'scammer' yang akan merudumkan lagi prestasi pasukan tersebut.
Malah Zamsaham sendiri mengakui bajet yang ada untuk membawa masuk pemain-pemain import tersebut bukan untuk bermewah, tapi digunakan secara berhemah bagi menghadapi perlawanan musim kali ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram