SKUAD kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa menelan pahit kekalahan di halaman lawan apabila tewas sebanyak dua perlawanan berturut-turut.
Sabah FC yang bertandang ke halaman lawan tewas mudah di tangan tuan rumah, Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 0-4 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Sang Badak yang cuba bangkit selepas kekalahan dengan JDT itu sekali lagi gagal meraih sebarang mata dan pulang ke Kota Kinabalu, Sabah dengan penuh hampa.
Walaupun beraksi baik ketika menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC), namun beberapa kesilapan kecil menyebabkan pasukan Sabah dihukum dengan dua jaringan gol.
Keputusan itu menyaksikan pasukan Sabah jatuh ketangga kelima liga dan berkongsi mata bersama Sri Pahang FC iaitu 13 mata.
Namun begitu, penyokong-penyokong Sabah masih belum mampu 'move on' dengan kekalahan ke atas KL City itu dan mendedahkan beberapa kesilapan punca Sang Badak gagal mengutip sebarang mata.
Kesebelasan utama Sabah FC ketika bertemu KL City. — Facebook/Sabah FC
"Bagi pendapat saya, Gabriel Peres tidak perlu naik bantu serangan, perkara ini sudah dibaca pihak lawan.
"Lihat saja jaringan pertama KL City, peluang peluang begini akan di manfaat pasukan lain," kata Dohol Jeffrey.
"Patut Peres bantu kawasan bawah, sebab defend ada tiga sahaja, serangan biar tengah yang bantu," ujar Sukrih Abd Wahid.
"Pertahanan keluar dari posisi,tapi saya rasa kalau penjaga gol tak cepat keluar mungkin ada harapan berjaya halang," jelas Bunga Raya.
Sabah kini menduduki tangga kelima liga dan dibezakan lapan mata dengan pendahulu liga JDT.
Selepas ini Sabah sekali lagi akan bertandang ke gelanggang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Negeri Sembilan dalam misi memburu tiga mata penuh bagi perbaiki kedudukan liga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram