Pernah lawan Liverpool, fans Kelantan mahu bekas bintang TFC ganti Carli De Murga, Christian Rontini


  • Podium
  • Ahad, 02 Apr 2023

De Murga (kiri) dan Rotini (kanan) dikritik hebat oleh penyokong TRW pada perlawanan menentang NSFC pada Sabtu.

PENYOKONG Kelantan sekali lagi dikecewakan apabila tewas di tangan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 2-4 dalam Liga Super di Stadium Paroi, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Skuad The Red Warrior (TRW) cuba bangkit menerusi dua gol pemain import, Ismaheel Akinade namun gagal apabila Shahrel Fikri dan Casagrande meranapkan impian pasukan Kelantan.

Pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik menurunkan lima pemain import iaitu Mario Arques, Nuha Marong, Ismaheel Akinade, Christian Rotini dan Carli De Murga dalam perlawanan itu bagi mencuri sekurang-kurangnya satu mata di tempat lawan.

Namun persembahan pemain-pemain import Kelantan dikritik hebat oleh segelintir penyokong-penyokong TRW terutamanya di posisi pertahanan.

Malah penyokong Kelantan turut berhajat agar De Murga dan Rotini ditukarkan dengan import lain pada jendela perpindahan kedua liga pada Julai nanti.

Bikana

Bikana (kiri) ketika menjalani trial dengan pasukan Kelantan FC pada 2017.

Antara pemain import disebut-sebut untuk menggantikan De Murga dan Rotini ialah Vicent Bikana yang pernah berbakti bersama Terengganu FC (TFC).

"Kelantan FC memerlukan import baharu yang kuat, Vincent Bikana antara calon yang boleh diberi peluang," kata Mohd Hairul.

"Import dari benua Afrika jarang mengecewakan," ujar Ayoh Sue.

"Kereta kebal Terengganu Vincent Bikana ini dulu," jelas Mazli Din.

"Import Filipina itu fizikal tak kuat, lebih baik ambil pemain-pemain dari Afrika," luah Ahnaf Zakwan.

Pemain Liverpool, Divock Origi (tengah) begitu bersemangat dalam cubaannya untuk merebut bola dari pemain skuad Pilihan Malaysia, Vincent Bikana (kiri).

Nama Vincent Bikana cukup dikenali oleh penyokong bola sepak tempatan lebih-lebih lagi dari Terengganu.

Fizikalnya yang kuat sehingga diberi gelaran kereta kebal oleh penyokong TFC sering menjadi perhatian ramai.

Kali terakhir Bikana bermain di Liga Malaysia pada 2017 sebelum dia berhijrah ke Eropah untuk beraksi dalam Liga Finland bersama kelab Mikkelin FC.

Bikana pernah tersenarai dalam skuad Pilihan Malaysia menentang Liverpool FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram