Bukan sahaja atlet biasa, team eSports ada cabaran tersendiri ketika berpuasa


  • Podium
  • Sabtu, 01 Apr 2023

Pemain-pemain JDT|GBX pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan FIFAe Nations Series 2023.

RAMADAN ialah bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang mana umatnya yang dewasa dan berkemampuan dari segi kesihatan diwajibkan berpuasa dari subuh hingga terbenam matahari.

Tempoh puasa ini melibatkan menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.

Bagi seorang atlet elit, sesi latihan dan pertandingan dijadualkan sepanjang tahun.

Disebabkan kalendar Islam adalah berasaskan kalendar lunar, bulan Ramadan akan tiba pada tempoh dan musim yang berbeza pada setiap tahun.

Ini menjadikan atlet yang beragama Islam akan melaluinya pada masa yang berbeza sama ada pada musim latihan, pertandingan ataupun pada musim pemulihan.

Ia merupakan satu cabaran bagi atlet yang berpuasa bagi mengekalkan prestasi terbaik sewaktu berpuasa.

Perkara sebegini turut tidak terlepas dengan atlet eSports, apabila pemain-pemain turut mengubah jadual dan masa latihan.

b35592cc3dd359894bae03776b22d1b973f2544c

Bulan Ramadan merupakan satu cabaran bagi atlet yang berpuasa bagi mengekalkan prestasi yang terbaik.

Menurut jurulatih JDT|GBX, Aqil Shahat, waktu latihan pasukan diubah pada masa lain supaya pemain boleh fokus untuk menunaikan ibadah di bulan Ramadan.

"Kami masih mengekalkan jumlah jam yang sama pada waktu malam cumanya masa latihan sudah dianjak satu jam kebelakang.

"Kami mula latihan dari pukul 10 malam supaya kami ada masa untuk menunaikan solat sunat terawih.

"Selain itu pemain disarankan untuk dapatkan tidur yang cukup iaitu enam hingga lapan jam setiap hari selain perlu bersahur.

"Tidur merupakan elemen yang paling penting untuk sentiasa fokus dalam jangka masa yang panjang di dalam sesuatu kejohanan," katanya kepada Majoriti.

338403283_239333895324724_5363165632574861106_n

Pemain-pemain JDT|GBX Esports.

Tambahnya lagi, walaupun di bulan Ramdan masa latihan yang diperuntukkan masih kekal seperti biasa.

"Sama seperti bulan-bulan sebelum ni, setiap minggu kami akan adakan latihan minima empat kali mengikut jadual pemain masing-masing kerana mereka masih ada kejohanan dan event lain.

"Setiap latihan kami hadkan selama dua jam supaya mental pemain tidak terlalu terbeban dengan latihan yang diberikan," jelasnya.

Aqil turut sempat berkongsi perkembangan JDT|GBX Esports menjelang kejohanan FIFAe Club World Cup yang akan berlangsung minggu ini.

"Kami masih memerlukan beberapa sesi latihan lagi dan masih ada beberapa elemen yang perlu dilatih supaya betul-betul bersedia untuk memenangi pusingan kelayakan kali ini.

"Cabaran utama yang akan saya lalui adalah untuk memastikan setiap pasukan bersedia sepenuhnya dengan setiap lawan yang mempunyai cara permainan masing-masing.

"Kajian terperinci perlu dilakukan sebelum setiap perlawanan untuk memastikan pemain bersedia dengan semua helah yang mungkin akan terjadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram