PENYERANG berbisa pasukan KL City FC, Romel Morales dijangka menjadi antara model naturalisasi terbaik untuk Harimau Malaya pada masa akan datang.
Dia yang sudah pun menepati syarat lima tahun beraksi dan menetap di Malaysia bakal menjadi prospek naturalisasi terbaik negara atas faktor usia dan memiliki kelebihan fizikal yang baik.
Romel berada di Malaysia sejak 2018 dan graduan akademi Banfield itu pernah bermain bersama PKNS FC dan Melaka United.
Menyertai KL City pada 2021, Morales membantu KL City menjulang Piala Malaysia pada tahun tersebut dan naib juara Piala AFC tahun lepas.
Romel Morales bakal jadi tumpuan penyokong bola sepak menjelang Derbi Lembah Klang. — Facebook/KL City FC
Prestasi terbaiknya apabila posisi Romel ditukarkan kepada penyerang yang mana dia berjaya merangkul anugerah penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 10 gol.
Namun pada musim 2023, Romel dilihat agak bergelut kerana belum lagi menjaringkan sebarang gol dalam aksi lima perlawanan terakhir liga.
Malah penyokong turut mula mempersoalkan adakah wajar untuk naturalisasikan Romel agar kejadian seperti De Paula tidak lagi berulang.
"Musim 2021, Romel main striker, Bojan ubah posisi dia masa itu sebab striker KL City beli cedera," kata Zkri9227.
"Kalau nak naturalisasikan dia aku tak berapa setuju sangat," luah Uchii Global.
"Romel Morales ini kita perlukan dia, sekarang Malaysia ada Darren Lok yang main style 'target man', tekan dengan guna fizikal dekat atas.
"Syafiq different type of player, Hadi Fayadh belum cukup tajam, kalau ada Roman, pilihan Kim Pan-gon akan lebih luas," ujar Razaqq75.
"Harap Romel dapat bangkit musim ini, supaya kejadian naturalisasi tak jadi macam De Paula dan Liridon yang langsung tiada impak buat pasukan kebangsaan," jelas Akif Zack.
Senarai penjaring terbanyak Piala Malaysia pada 2021. — Facebook/MFL
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard, memaklumkan Romel makin hampir untuk bergelar pemain naturalisasi.
Romel bersama rakan pasukannya akan melayani kunjungan Selangor FC bagi aksi Liga Super sekali gus akan beraksi dalam perlawanan yang digelar Derbi Lembah Klang di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram